Pages

Thursday 6 October 2016

AKTIVITI MEMANCING APABILA TRIP GIGIL TAHAP GABAN


'TRIP GIGIL TAHAP GABAN'

Trip kali ini diusahakan oleh ku (Zulmetall), segala perancangan dan perlaksanaan seperti tempahan bot, makanan, umpan, dan lain ku uruskan demi memenuhi hasratku untuk  mempersembahkan trip terbaik kepada "group bottom night".  Hampir setiap malam kami adakan perjumpaan bersama tekong dan ahli sebagai persediaan awal dan akhirnya...

Hari kejadian   

Nama trip : Trip Gigil Tahap Gaban (24 jam)
Tarikh       : 27-28 Ogos 2016
Lokasi      : Pulau Jarak 
Masa        : 03.00 pm - 03.00 pm

"Group Bottom Night"

AHLI

Tekong          : Lee Bapak (Tekong Yee AAA)
KP                 : Zulmetall 
TKP               : Jentt Mkelly 
KD                 : Cucu Ingker
KD                 : Mihar
KD                 : Fender
KD                 : Sifuuu Arrif

GT 2016 (12.8 kg)
KELENGKAPAN/PERALATAN   

Senjata             : Bottom Rod +Bangla
Peluru               : Sutun Hidup + Kojol
Mata pancing    : VMC+Daici+Chinu
Saiz                   : 5, 6, 
Pemberat           : 500 , 600, 720 g
Kedalaman        : 160-200 m
Sasaran             : Tong Gas (Kerapu), Bantal Peluk Emas (Jenahak)

Hasil keseluruhan 

AKTIVITI
Bermula jam  5.00 petang sesi mencari umpan bermula dengan aktiviti mencandat sutun , hampir satu jam aktiviti mencandat sutun namun yang diharapkan tidak kunjung tiba. Jiwa kami amat tertekan, tepat jam 6.15 petang didapati bot pukat tunda kelihatan menaik pukat berhampiran dengan bot kami, nah...! harapan kami menggunung semula, malangnya setelah hampir lima belas minit dinanti tetiba "tekong bot berkata sotong talak  juai atas bot oooo".Jiwa kami kembali sadis tekong Lee membuat keputusan untuk terus ke Pulau Jarak. Sewaktu perjalanan ke Pulau Jarak didapati sebuah bot lagi telah menaikkan pukat dengan berbekalkan RM 50.00 maka kami mendapat bekalan sutun kojol untuk dijadikan umpan, ahli group kembali ceria. Jam 7.45 malam kami tiba di Pulau Jarak dan tekong Lee memberi arahan kepada ahli agar senjata kasting disediakan maka aktiviti kedua bermula iaitu casting GT ,Riiiidddd senjata Sifuuu Arif berbunyi nah! ikan pertama didaratkan oleh Sifu Ariff . 


Jam 8.30 malam aktiviti ketiga bermula iaitu Bottom Night bersenjatakan bangla dan sutun kojol kami turunkan senjata pembunuh tetiba Tek..Tekkk..Tekkkkkkkk senjata Cucu Ingker berbunyi maka ikan kedua dinaikan oleh KD Cucu Ingker dan seterusnya KD Mihar dengan ikan Tetanda di ikuti KD Fender . Saya dan  Jentt masih menanti dengan penuh kesabaran Jent Mklly mula aktif dengan hasil pertamanya Baracuda dan asyik dia....dia...dia . Tekong mengambil keputusan untuk menukar lokasi dan akhirnya saya mendapati Rod  Bangla ditundukkan sehingga mencecah air pengakhiran cerita saya menaikan GT kerbau seperti gambar diatas.


No comments:

Post a Comment