Pages

Wednesday 23 March 2016

AKTIVITI MEMANCING KU SEMAKIN LUAS PERSEMPADANNYA


Trip  : Kental anak laut 

Dunia hanyirku kini semakin luas persempadananya, Tiga (3) tahun dahulu aktiviti hanyirku berkisarkan Jenggo atau sepit biru sahaja. Kini aktiviti hanyirku telah menerjah laut, sungai, kelong, lombong, kolam mahupun parit. Pelbagai spesis merin telah dikenalpasti juga didarati bahkan teknik pancing telah mula ku kenali.

Terdapat beberapa teknik pancingan yang boleh dikongsi bersama.

1. Teknik Bottom = Pancingan dasar air + Penggunaan umpan hidup (ori)
2. Teknik Casting = Pancingan permukaan air  + Penggunaan umpan tiruan
3. Teknik Jigging  = Pancingan dasar air + Penggunaan umpan tiruan
4. Teknik Troling  = Pancingan permukaan air + Penggunaan umpan tiruan
5. Teknik Appolo  = Pancingan dasar & pertengahan air + Pengunaan umpan tiruan+umpan Hidup





Hasil pancingan bottom


Bottom Night Group
Hasil pancingan appolo


Hasil pancingan bottom bangla

Teknik Bottom Umpan Hidup