Pages

Monday 23 January 2017

AKTIVITI MEMANCING KE LALUAN KAPAL

TRIP KEHILANGAN PEDOMAN DI LALUAN KAPAL


Tanggal 21 Januari 2017, bersamaan 22 R. Awal 1438, pencarian lesen 2017 dengan permulaan trip di laluan kapal, lokasi pertama 2017 adalah perantaran Pulau 9 dan Pulau Jarak. Bottom Night ditukar kepada Spot Light Sun Bottom . Sekali lagi perkhidmatan tekong Lee Bapak beserta bot ditempah. Trip ini dimaklumkan kepada Ahli Group Bottom Night Seri Iskandar dengan mendapat "Like" 6+2-2 = 6 orang. Selaku ketua trip perjumpaan ahli sebanyak 3 kali diadakan dan keputusan mendapat A++.

Pergerakan ahli bermula seawal 6.00 pagi, ke pangkalan Kampung Permatang,  ahli seramai 6 orang antara yang hadir Ancor Man : Zulmetall, Klasik 1 :  Fender, Klasik 2 : Mihar, Klasik 3 : Duan , Pawang besar : Cucu Ingker  dan Nakhoda : Jentt Mkelly.  Trip kali ini menyasarkan Gerut, GT dan Cobia di Unjam Laluan Kapal Pertama

                                                          
Ahli Bottom Night bertukar menjadi Spot Light Sun Bottom 



Santai lewa menuju ke distini
 Jam 7.00 pagi kami pergerakan dengan melalui Pulau Sembilan ombak agak besar, hasil dari angin barat yang turun pada malam hari, Tekong Lee tetiba memberhentikan perjalanannya kerana senjata pawang besar Cucu Ingker mengalami kerosakan akibat hentakan bot dan ombak besar, bagi mengurangkan tekanan kepada ahli tekong Lee Bapak melabuhkan sauhnya di "Karang Beruk" yang mana kawasan ini agak popular dikalangan pemancing tempatan. Sebaik senjata di turunkan senjata klasik Mihar berbunyi Tikkk..Tikkkk...Tikkkkkk....!!! hasil pertama anak tetanda didaratkan  lesen Mihar di ikuti lesen pertama pawang besar Cucu Ingker kerapu manis . Jam 10.30 pagi tekong Lee bergerak kelokasi sebenar laluan kapal untuk mencari unjam malangnya unjam yang dicari tidak kelihatan kami berasa hampa yang mana hajat tidak kesampaian.





                                                                                 
Jentt Mkelly Talang
Duan ' Full Strike"
                                                       
Tekong Lee Bapak terpaksa berpatah balik kekawasan Pulau sembilan dengan melabuhkan sauhnya di "Karang Chor" hampir dua jam tiada yang menyentuh umpan pancingan kami, ahli dah semakin cuak kerana hajat dan sasaran utama iaitu gerut, cobia, dan gt yang dicari tidak kesampaian dan hasil belum memuaskan.  Jam 4.00 ptg. kami bergerak ke Pulau Nipis malangnya terlalu banyak pukat di kawasan tersebut, kami mencari kawasan paling bawah iaitu "Karang Utara Pulau Nipis" sebaik senjata diturunkan Mihar, Cucu Ingker , Fender dan Jentt mula mengasak dan akhirnya Riikkk...Rikkk mesin banglaku berbunyi akhirnya lesen pertama ku perolehi iaitu gerut, hanya Klasik Duan tidak mempunyai lesennya. 

                                                         
Hasil keseluruhan Spot Light Sun Bottom


100 ekor undang disediakan oleh tekong Lee Bapak kehabisan , teknik bottom kami tukar untuk teknik " Fast Jig" atau Appolo kerana masa berbaki 2 jam sahaja , sebaik sahaja sauh nak diangkat tetiba senjata Jentt dihenjut sang talang, nah...!!! potong coner, persediaan senjata telah dipersiapkan , maka kami berubah tempat untuk beraksi dengan senjata baru Fender, Jentt, Cucu Ingker dan aku mula melabuhkan senjata baru diikuti dengan Duan Rikk....Krikkk....Rikkkk senjata Duan berbunyi nah..! kata klasik Duan "Full strike" hasil yang diperolehi lihat foto di atas. Akirnya kami pulang dengan sedikit tenang walaupun hajat tak kesampaian namu sedikit tenang melihat hasil keseluruhan lihat foto.