Pages

Showing posts with label anak ikan. Show all posts
Showing posts with label anak ikan. Show all posts

Monday, 9 October 2017

AKTIVITI MEMANCING DISEKITAR MARINA ISLAND

TRIP KELONG HANCUS USAHA DITERUSKAN TRIP SEKITAR MARINA ISLAND

tARIKH: 8/10/2017 (Ahad), mASA: 8.00-6.30 ptg. lOKASI : Sekitar Marina Island dan Jambatan Valley.  tEKONG tersohor Abg Asian, Krew 1 Asraf Zamani (Tailong),  Krew 2 Zulsyazwan (Mat Rap) Anchor Zulmetall
 
 
 
 
 
 
Pangkalan Teluk Muroh Perak (Bot Tekong Asian)
 
Strike dua ekor serentak oleh Asraf
 

Strike dua ekor serentak oleh Syazwan (Bolos)



Strike dua ekor bolos (Zulmetall)
 
Rekod 2017 tangkapan Daun Baru oleh Asraf
 

Otai Zul aksi membuka mataka dari mulut ikan

 
 
Tangkapan keseluruhan  8/10/2017 (Ahad)
 
Masih ada strike Golden Pillow
 
Sejarah 2017 pertama kali strike ikan sebelah Zulsyazwan

Ikan lembu tangkapan Zulmetall

 

Tuesday, 7 February 2017

AKTIVITI MEMANCING UDANG GALAH (JENGGO) DI BATAK RABIT


AKTIVITI MEMANCING DI HUJUNG MINGGU
BERJENGGO DI BATAK RABIT TELUK INTAN

Impian ku untuk memancing jenggo (Udang Galah) di Teluk Intan kini terlaksana sudah...!
Bukan mudah untuk ku melangkah ke sana, bagaimana...? impianku terlaksana ini ceritera ku. Tanggal 04 Feb 2017 sewaktu lepak bersama rakan SRS  kawasan tamanku aku mendapat jemputan daripada rakan SRS ku  yang dikenali dengan nama Chor Iskandar nake nama group whatsApp. Pelawaan ini atas dasar sebuah bot rakannya yang tidak hadir Event di Batak Rabit tanggal 05 Feb. 2017. Seperti orang mengantuk disorongkan batal dengan mudah pelawaaanya ku terima. Kini  bermula episod memancing udang galah di Batak Rabit, Ahli terdiri daripada Tekong : Chor Iskandar, Ancor : Zulmetall : VIP : Mihar 
biarlah gambar menjadikan bukti dan berbicara.....


Aksi Zulmetall begitu khusuk 



Hasil Pertama VIP Mihar



Jenggo kehilangan senjata tangkapan VIP

Hasil sampingan sungai Batak Rabit
Ini bukan jenggo tapi janggut
Berumpan cacing dan anak udang, bersenjatakan 4  batang rod (4-5 kaki) setiap ahli komplot bermatakan serawak atau angler (Nisbah  2 atau 3) berkenderaan 8 kaki (fiberglass) berenjinkan 8 kuda (Yamaha) kami menyelusuri sungai Batak Rabit bermula dari Jam 8.30 pagi sehingga 6.30 petang. Keputusannya Tekong Chor Iskandar : 12 ekor (2 ekor jenggo) , VIP  Mihar : Seekor Jenggo dan Ancor Zulmetall : 5 ekor  tanpa jenggo  namun lain-lain hasil seperti foto di atas. 

Walaupun hasilnya kurang moncah namun aku sangat berpuas hati kerana impian ku tercapai sudah untuk memancing di Batak Rabit syurga udang galah (jenggo) sewaktu dahulu. InsyaAllah Batik Rabit akan ku jejakkan kaki ku buat kali kedua tungggguuu

Terima kasih kepada Tekong Chor Iskandar  jemputanmu aku sampai ke Batak rabit 


Wednesday, 26 October 2016

AKTIVITI MEMANCING APPOLO DAN JIG PANTAS


Trip Appolo dan Jig Pantas


Perancanganku bermula pada 01Julai 2016 dengan tugasan pertamaku adalah tempahan bot dan tekong disusuli pencarian enam (6) angler terbaik  yang dinamakan "Group Bottom Night". Sebelum hari kejadian tiga (3) angler Bottom Night mempunyai masalah perbadi maka tempat mereka diganti oleh tiga (3) angler master dalam kategori masing-masing. Ahli yang mengikuti trip ini ialah Tekong : Rosli (Lee Bapak)  artikel majalah sirip

AHLI GROUP                                                ANGLER GANTIAN 

YDP: Zainal  (Jentt)                                      Master Misha : Misha
TYDP : Zulkifli (Zulmetall)                           Master Panjang : Jai                    
SU: Mihar (Mihar)                                         Master Khairil : Cucu Ingker
SiFuuu : Ariffudin (Arif)                             
SiFuu : Abdul Aziz (Fender)                       
Sifu : Ahmad Ridhuan (Duan)                    
Appolo je...! double strike
Triplle strike Cucu Ingker
Tangkapan Negro  appolo YDP Jentt
Four strike appolo Cencaru
   
Senjata pembunuh 

Hasil keseluruhan 

Pawang kerapu



Kejadian 
         




                                    Tarikh : 23 Oktober 2016                   
                                     Masa : 6.00 am - 7.00 pm                 
                                   Tempat : Pulau Sembilan (P9)

Gambar adalah pengungkap kata-kata, apa yang boleh di ucapkan adalah fun dan enjoy. Trip akan datang jarak 30 jam, InsyaAllah kami sampai.




Monday, 17 October 2016

AKTIVITI MEMANCING ANAK IKAN DI JAMBATAN VALLEY

TERJAH ANAK IKAN DI JAMBATAN VALLEY 

Pangkalan  : Kampung Longgok, Teluk Muroh,Lumut 
Tekong        : Mr Asian Bin Hanif (012-5651172)
Bot                : Fiber (24 x 5 kaki)
Peserta        : 3 orang 
Kedalaman : 4-6 meter
Waktu           : Siang sahaja
Tarikh           : 02 Oktober 2016
Sewaan         : RM 70 seorang

Melihat kebesaran Allah
Persedia awal 
Senjata        : Rod, 5-6 kaki 
Mata kail     : 4, 6, 8, 10 (Chinu) atau
                       : 14, 15, 16, 18, 20 (VMC)
Perambut      : 15 lb dan 20 lb sahaja
Pemberat       : 1, 2 atau 3 dikira sesuai 
Umpan           : Perumpum dan udang putih
Sasaran    : Bolos, gerut, tetanda, gelama, sembilang dan seangkatan dengannya 

Makan/minum 
Makanan : Nasi bungkus +Roti
Kudapan : Kuaci, kekacang dan asam
Minuman : Mineral water 250 ml

Pada tanggal 18/09/2016, aku (Zulmetall, Jentt mKelly dan Asraf Zamani (New New Angler) mengadakan komplot secara tersembunyi. Perjumpaan dan persetujuan dicapai setelah berpuas hati untuk berkomplot secara bertiga (3)  di Mamak Bistro Seri Iskandar. Persiapan awal telah diperkemaskan se awal jam 12.00 malam. Jam 5.00 pagi rutin rondaan SRS ku tamat, aku mula menghubungi Otai Jentt  seterusnya New New Asraf  dan bergerak kelokasi di Telok Muroh. 



Jam 7.00 pagi setibanya kami disana Tekong Asian menunggu dengan penuh senyuman namun hatinya gelisah akibat hujan renyai dan angin barat laut. 7.30 pagi kami dibawa kelokasi pertama Persisiran Telok Batik, Ikan pertama didaratkan oleh Otai Jentt (gelama keling), Ikan pertama didaratkan oleh Asraf 2 ekor sekali gus (Tetanda dan gelama) dan disusuli lesenku yang pertama tetanda dan gerut juga 'duble strike'.

Angin barat laut semakin kencang tekong membawa kami ke lokasi kedua Terumbu berdekatan Jambatan Valley disini kami mendaratkan beberapa ekor ikan duri sasaran yang di impikan belum lagi ditemui. Kebosanan mula menerjah dilubuk hati kami, di sekitar jam 11.00 pagi kebiasaan kami boleh mendaratkan ikan pelbagai sepesis seperti gerut, tetanda, kapas, daun baru dan bolos hari ini joran kami kurangnya beraksi. 







Bot yang disewa 
New New Asraf
Double strike  oleh Asraf
Hasil pertama 
Hasil keseluruhan 





Sekitar jam 12.00 tengha hari agin barat laut bertiup semakin kencang, ombak mula menampakan taringnya, Tekong Asian menyedari lalu mengajak kami kelokasi yang ketiga iaitu Batu Melaka Teluk Rubiah, sambil berlindung sambil mancing,  sementara menanti air laut pasang kami menjamah makanan yang di tapau, Akibat angin kencang kami terpaksa bermain sekitar pulau Katak sahaja kerana tidak mahu mengambil resiko dan akhirnya hanya gambar yang boleh menceritakan hasil keseluruhan kami.