Pages

Tuesday 25 December 2018

AKTIVITI MEMANCING IKAN PENUTUP 2018 : BERSAMA ZULMETALL JR

Aktiviti memancing penutupan tahun 2018, rancangan oleh ku dan Mastadewataraya Zainal Hanif lebih dikenali dengan nick name Jentt Mkelly oleh rakan pemancing Seri Iskandar. Pemilihan tekong bot dan umpan diuruskan olehnya manakala urusan kewangan dan makanan ditaja olehku. Kebersamaan kami kurang direstuiNya  kerana Jentt terpaksa menarik diri disaat akhir di atas urusan keluarga. Motivasiku telah menurun sedikit namun demi kelansungan perjuangan digagahi mengajak rakan sehobi iaitu Tailong Asraf, Razif Exotik, King Mihar, Cucu Ingker  rakan nubisku Din TM, Wan Sapuan dan Kelah Perak kesemuanya mempunyai hal masing-masing  yang mana telah diketahui sengaja dijemput. Akhirnya aku memaksa Zulmetall JR 1 (Syafiq) mengikuti perjuangan ini maka biarkanlah gambar berbicara sejenak 






Tekong Asian dan Zulmetall JR beraksi

Lesen pertama Zulmetall JR  (Ikan Kerapu Manis)

Lesen Pertama Zulmetall (Bolos & Gerut)


Ikan termahal daripada Zumetall JR

Ikan paling rare (Sarjen Blue) 9.95 gram 

Sentapan penutup daripada Zulmetall JR

Sentapan Penutup Zulmetall (Paridah) 2.5 Kg


Hasil keseluruhan Double Zulmetall

Paridah dan Sarjen Blue adalah tangkapan terbesar 







Wednesday 12 December 2018

AKTIVITI MEMANCING UDANG GALAH :EVENT JJO 32 KING VS KING


Event JJO ke 32 2018 : Master of King 
Tarikh : 09/12/2018 Bersamaan 01 Rabulakhir 1440
Tempat : Jati Persatuan Pengail Melayu, Teluk Intan
Kategori : 1. King vs King
                       2. Nubis vs Nubis 


Pemandang lubuk untuk diterjah

Event kali ini di sertai oleh dua orang King dan dua orang nubis dari ahli JSSI iaitu

1. Master King Chor Lee
2. Zarul King 
3. Zulmetall
4. Zulmetall JR II


Perserta mangambil bahagian King & Nubis


Peserta King VS King bersuai kenal

Perserta Nubis vs Nubis

Isa, Haji khalifah bacaan doa sebelum kesungai


Master king  Chor Lee  dari SI juara edisi ke 26
Zarul King dari SI juara edisi ke 28

King VS King  2018 Master Of Jenggo edisi 32

 Zumetall JR II dengan hasil pertama

Zulmetall bersama hasil pertamanya


Pemenang Nubis vs Nubis edisi ke 32 2018

Tempat Ke 3 kategori Nubis vs Nubis

Bersama ahli JJO (Abg Sado) 


Event Penutup JJO 2018

Monday 3 December 2018

AKTIVITI MEMANCING JENGGO : BERSAMA DUA ZULMETALL JR


EVENT JJO DIBATALKAN TETAPI KOMPLOT BERSAMA ZULMETALL JR  

Rekod 2018 Sepit Biru 317 gram  


Pembatalan event JJO pada 02.12.2018 (Ahad) bertempat di Jeti pekan, Teluk Intan telah memberi kesempatan untuk membawa dua orang zulmetall JR bersama seorang menantu Zarul King yang telah menempatkan diri dalam Event JJO Teluk Intan.  Kami seramai 7 orang berkomplot untuk mencuba nasib di Jeti Pak Ya Batak Rabit. Ahli komplot terdiri daripada 

Bot I: Master King Chor Lee & King Mihar, Bot II : Pawang Cucu Ingker (Solo), ot III : Zarul King & Zulmetall JR II, Bot IV : Zulmetall & Zulmetall JR I. Pergerakan kami agak lewat setibanya di Jeti Pak Ya pada Jam 9.00 pagi. 

Ahli komplot Zulmetall & Cucu Ingker


Zulmetall otai masih berbisa

Imej di atas adalah lesen untuk Zulmetall  sebelum komplot kami menrima hujan lebat bermula dari jam 11.30 pagi sehingga 1.30 petang. Komplot kami menerima sekali lagi hujan bermula jam 3.00 petang sehingga jam 4.30 petang. Bot yang dipandu Zulmetall  tidak banyak menerjah port yang berpotesi untuk menaikkan Sepit Biru. Kami sempat menerjah empat lokasi sahaja dan lokasi terakhir (Pacak Banglow) bermastautin selama empat jam untuk port yang terakhir sebelum kami menamatkan komplot hari ini. Akhirnya terhasilah seperti imej di bawah boleh menceritakan segalanya....!?


Hasil terakhir Zulmetall JR I


Hasil pertama didaratkan oleh zulmetall


Hasil keseluruhan kedua Zulmetall & Zulmetall JR1

Kami bergerak pulang tepat jam 7.30 malam, di ikuti oleh Pawang Cucu Ingker kerana Ahli kami Master King Chor Lee & King Mihar meneruskan komplot sehingga jam 10.00 malam. Kami amat berterima kasih kepada ahli komplot yang sudi menyertai kami untuk menerjah memancing Jenggo, Sepit Biru atau Si Udang Galah. Wassalam...


Berat si sepit biru pada 02.12.2018