TERJAH ANAK IKAN DI JAMBATAN VALLEY
Pangkalan : Kampung Longgok, Teluk Muroh,Lumut
Tekong : Mr Asian Bin Hanif (012-5651172)
Bot : Fiber (24 x 5 kaki)
Peserta : 3 orang
Kedalaman : 4-6 meter
Waktu : Siang sahaja
Tarikh : 02 Oktober 2016
Sewaan : RM 70 seorang
Senjata : Rod, 5-6 kaki
Mata kail : 4, 6, 8, 10 (Chinu) atau
: 14, 15, 16, 18, 20 (VMC)
Perambut : 15 lb dan 20 lb sahaja
Pemberat : 1, 2 atau 3 dikira sesuai
Perambut : 15 lb dan 20 lb sahaja
Pemberat : 1, 2 atau 3 dikira sesuai
Umpan : Perumpum dan udang putih
Sasaran : Bolos, gerut, tetanda, gelama, sembilang dan seangkatan dengannya
Makan/minum
Makanan : Nasi bungkus +Roti
Kudapan : Kuaci, kekacang dan asam
Minuman : Mineral water 250 ml
Pada tanggal 18/09/2016, aku (Zulmetall, Jentt mKelly dan Asraf Zamani (New New Angler) mengadakan komplot secara tersembunyi. Perjumpaan dan persetujuan dicapai setelah berpuas hati untuk berkomplot secara bertiga (3) di Mamak Bistro Seri Iskandar. Persiapan awal telah diperkemaskan se awal jam 12.00 malam. Jam 5.00 pagi rutin rondaan SRS ku tamat, aku mula menghubungi Otai Jentt seterusnya New New Asraf dan bergerak kelokasi di Telok Muroh.
Pada tanggal 18/09/2016, aku (Zulmetall, Jentt mKelly dan Asraf Zamani (New New Angler) mengadakan komplot secara tersembunyi. Perjumpaan dan persetujuan dicapai setelah berpuas hati untuk berkomplot secara bertiga (3) di Mamak Bistro Seri Iskandar. Persiapan awal telah diperkemaskan se awal jam 12.00 malam. Jam 5.00 pagi rutin rondaan SRS ku tamat, aku mula menghubungi Otai Jentt seterusnya New New Asraf dan bergerak kelokasi di Telok Muroh.
Jam 7.00 pagi setibanya kami disana Tekong Asian menunggu dengan penuh senyuman namun hatinya gelisah akibat hujan renyai dan angin barat laut. 7.30 pagi kami dibawa kelokasi pertama Persisiran Telok Batik, Ikan pertama didaratkan oleh Otai Jentt (gelama keling), Ikan pertama didaratkan oleh Asraf 2 ekor sekali gus (Tetanda dan gelama) dan disusuli lesenku yang pertama tetanda dan gerut juga 'duble strike'.
Angin barat laut semakin kencang tekong membawa kami ke lokasi kedua Terumbu berdekatan Jambatan Valley disini kami mendaratkan beberapa ekor ikan duri sasaran yang di impikan belum lagi ditemui. Kebosanan mula menerjah dilubuk hati kami, di sekitar jam 11.00 pagi kebiasaan kami boleh mendaratkan ikan pelbagai sepesis seperti gerut, tetanda, kapas, daun baru dan bolos hari ini joran kami kurangnya beraksi.
![]() |
Bot yang disewa |
![]() |
New New Asraf |
![]() |
Double strike oleh Asraf |
![]() |
Hasil pertama |
![]() |
Hasil keseluruhan |
Sekitar jam 12.00 tengha hari agin barat laut bertiup semakin kencang, ombak mula menampakan taringnya, Tekong Asian menyedari lalu mengajak kami kelokasi yang ketiga iaitu Batu Melaka Teluk Rubiah, sambil berlindung sambil mancing, sementara menanti air laut pasang kami menjamah makanan yang di tapau, Akibat angin kencang kami terpaksa bermain sekitar pulau Katak sahaja kerana tidak mahu mengambil resiko dan akhirnya hanya gambar yang boleh menceritakan hasil keseluruhan kami.
No comments:
Post a Comment