Pages

Tuesday 7 February 2017

AKTIVITI MEMANCING UDANG GALAH (JENGGO) DI BATAK RABIT


AKTIVITI MEMANCING DI HUJUNG MINGGU
BERJENGGO DI BATAK RABIT TELUK INTAN

Impian ku untuk memancing jenggo (Udang Galah) di Teluk Intan kini terlaksana sudah...!
Bukan mudah untuk ku melangkah ke sana, bagaimana...? impianku terlaksana ini ceritera ku. Tanggal 04 Feb 2017 sewaktu lepak bersama rakan SRS  kawasan tamanku aku mendapat jemputan daripada rakan SRS ku  yang dikenali dengan nama Chor Iskandar nake nama group whatsApp. Pelawaan ini atas dasar sebuah bot rakannya yang tidak hadir Event di Batak Rabit tanggal 05 Feb. 2017. Seperti orang mengantuk disorongkan batal dengan mudah pelawaaanya ku terima. Kini  bermula episod memancing udang galah di Batak Rabit, Ahli terdiri daripada Tekong : Chor Iskandar, Ancor : Zulmetall : VIP : Mihar 
biarlah gambar menjadikan bukti dan berbicara.....


Aksi Zulmetall begitu khusuk 



Hasil Pertama VIP Mihar



Jenggo kehilangan senjata tangkapan VIP

Hasil sampingan sungai Batak Rabit
Ini bukan jenggo tapi janggut
Berumpan cacing dan anak udang, bersenjatakan 4  batang rod (4-5 kaki) setiap ahli komplot bermatakan serawak atau angler (Nisbah  2 atau 3) berkenderaan 8 kaki (fiberglass) berenjinkan 8 kuda (Yamaha) kami menyelusuri sungai Batak Rabit bermula dari Jam 8.30 pagi sehingga 6.30 petang. Keputusannya Tekong Chor Iskandar : 12 ekor (2 ekor jenggo) , VIP  Mihar : Seekor Jenggo dan Ancor Zulmetall : 5 ekor  tanpa jenggo  namun lain-lain hasil seperti foto di atas. 

Walaupun hasilnya kurang moncah namun aku sangat berpuas hati kerana impian ku tercapai sudah untuk memancing di Batak Rabit syurga udang galah (jenggo) sewaktu dahulu. InsyaAllah Batik Rabit akan ku jejakkan kaki ku buat kali kedua tungggguuu

Terima kasih kepada Tekong Chor Iskandar  jemputanmu aku sampai ke Batak rabit