Pages

Tuesday 25 December 2018

AKTIVITI MEMANCING IKAN PENUTUP 2018 : BERSAMA ZULMETALL JR

Aktiviti memancing penutupan tahun 2018, rancangan oleh ku dan Mastadewataraya Zainal Hanif lebih dikenali dengan nick name Jentt Mkelly oleh rakan pemancing Seri Iskandar. Pemilihan tekong bot dan umpan diuruskan olehnya manakala urusan kewangan dan makanan ditaja olehku. Kebersamaan kami kurang direstuiNya  kerana Jentt terpaksa menarik diri disaat akhir di atas urusan keluarga. Motivasiku telah menurun sedikit namun demi kelansungan perjuangan digagahi mengajak rakan sehobi iaitu Tailong Asraf, Razif Exotik, King Mihar, Cucu Ingker  rakan nubisku Din TM, Wan Sapuan dan Kelah Perak kesemuanya mempunyai hal masing-masing  yang mana telah diketahui sengaja dijemput. Akhirnya aku memaksa Zulmetall JR 1 (Syafiq) mengikuti perjuangan ini maka biarkanlah gambar berbicara sejenak 






Tekong Asian dan Zulmetall JR beraksi

Lesen pertama Zulmetall JR  (Ikan Kerapu Manis)

Lesen Pertama Zulmetall (Bolos & Gerut)


Ikan termahal daripada Zumetall JR

Ikan paling rare (Sarjen Blue) 9.95 gram 

Sentapan penutup daripada Zulmetall JR

Sentapan Penutup Zulmetall (Paridah) 2.5 Kg


Hasil keseluruhan Double Zulmetall

Paridah dan Sarjen Blue adalah tangkapan terbesar 







Wednesday 12 December 2018

AKTIVITI MEMANCING UDANG GALAH :EVENT JJO 32 KING VS KING


Event JJO ke 32 2018 : Master of King 
Tarikh : 09/12/2018 Bersamaan 01 Rabulakhir 1440
Tempat : Jati Persatuan Pengail Melayu, Teluk Intan
Kategori : 1. King vs King
                       2. Nubis vs Nubis 


Pemandang lubuk untuk diterjah

Event kali ini di sertai oleh dua orang King dan dua orang nubis dari ahli JSSI iaitu

1. Master King Chor Lee
2. Zarul King 
3. Zulmetall
4. Zulmetall JR II


Perserta mangambil bahagian King & Nubis


Peserta King VS King bersuai kenal

Perserta Nubis vs Nubis

Isa, Haji khalifah bacaan doa sebelum kesungai


Master king  Chor Lee  dari SI juara edisi ke 26
Zarul King dari SI juara edisi ke 28

King VS King  2018 Master Of Jenggo edisi 32

 Zumetall JR II dengan hasil pertama

Zulmetall bersama hasil pertamanya


Pemenang Nubis vs Nubis edisi ke 32 2018

Tempat Ke 3 kategori Nubis vs Nubis

Bersama ahli JJO (Abg Sado) 


Event Penutup JJO 2018

Monday 3 December 2018

AKTIVITI MEMANCING JENGGO : BERSAMA DUA ZULMETALL JR


EVENT JJO DIBATALKAN TETAPI KOMPLOT BERSAMA ZULMETALL JR  

Rekod 2018 Sepit Biru 317 gram  


Pembatalan event JJO pada 02.12.2018 (Ahad) bertempat di Jeti pekan, Teluk Intan telah memberi kesempatan untuk membawa dua orang zulmetall JR bersama seorang menantu Zarul King yang telah menempatkan diri dalam Event JJO Teluk Intan.  Kami seramai 7 orang berkomplot untuk mencuba nasib di Jeti Pak Ya Batak Rabit. Ahli komplot terdiri daripada 

Bot I: Master King Chor Lee & King Mihar, Bot II : Pawang Cucu Ingker (Solo), ot III : Zarul King & Zulmetall JR II, Bot IV : Zulmetall & Zulmetall JR I. Pergerakan kami agak lewat setibanya di Jeti Pak Ya pada Jam 9.00 pagi. 

Ahli komplot Zulmetall & Cucu Ingker


Zulmetall otai masih berbisa

Imej di atas adalah lesen untuk Zulmetall  sebelum komplot kami menrima hujan lebat bermula dari jam 11.30 pagi sehingga 1.30 petang. Komplot kami menerima sekali lagi hujan bermula jam 3.00 petang sehingga jam 4.30 petang. Bot yang dipandu Zulmetall  tidak banyak menerjah port yang berpotesi untuk menaikkan Sepit Biru. Kami sempat menerjah empat lokasi sahaja dan lokasi terakhir (Pacak Banglow) bermastautin selama empat jam untuk port yang terakhir sebelum kami menamatkan komplot hari ini. Akhirnya terhasilah seperti imej di bawah boleh menceritakan segalanya....!?


Hasil terakhir Zulmetall JR I


Hasil pertama didaratkan oleh zulmetall


Hasil keseluruhan kedua Zulmetall & Zulmetall JR1

Kami bergerak pulang tepat jam 7.30 malam, di ikuti oleh Pawang Cucu Ingker kerana Ahli kami Master King Chor Lee & King Mihar meneruskan komplot sehingga jam 10.00 malam. Kami amat berterima kasih kepada ahli komplot yang sudi menyertai kami untuk menerjah memancing Jenggo, Sepit Biru atau Si Udang Galah. Wassalam...


Berat si sepit biru pada 02.12.2018




Monday 26 November 2018

AKTIVI MEMANCING UDANG OKTOBER 2018 : BILA ROD UDANG UDAH NGETO SENDIRI

BILA ROD NEW BISS  DIRAK BERBUNYI ATAU NGETO 

 Trip berjenggo @ sepit biru perlu dilaksanakan maka perjumpaan  pemancing tersohor diadakan, mereka adalah Master King Chor Lee, King  Mihar, Pawang Mangkuk Putih CI. Hasil perjumpaan serta perbincangan maka trip memancing udang di adakan pada 
Tarikh : 21 Oktober bersamaan 12 Safar 1440
Masa : 07:00  pagi-07:00 malam
Pangkalan : PakYa Batak Rabit Teluk Intan 
Lubuk : Batu 5 &6 Sungai Perak

Hasilnya ini yang termampu oleh kami 


PESERTA 

BOT 1 
 Master King Chor Lee & King Mihar

BOT 2
Pawang CI & CI The Curson

BOT 3
Zulmetall & Din TM

Biarkan imej berbicara walaupun hasil kurang lumayan namun rindu berjenggo terubat juga


Senjataku siap untuk berjuang 

Air masuk, kelihatan Pawang CI & CI the Curson

Din TM fokus dengan senjatanya

Jiwa Kental Zumetall bersama rakannya Din TM

Zulmetall dengan hasilnya jenggo bersaiz B

Hasil kedua daripada Zulmetall juga saiz B

Akhir kalam walaupun hasil kami berdua kurang lumayan namun kegigilan telah dapat dikurangkan semoga rakan kami  memperolehi rezeki yang banyak, InsyaAllah jika dimurahkan rezeki kami akan datang lagi terima kasih Pak Ya Batak Rabit, dan rakan seperjuaganku, Jiwa Kental 












Wednesday 31 October 2018

AKTIVITI MEMANCING : BILA ROD UDAH KETO LUBUK PULAU SEMBILAN DITUJU

APABILA ROD BOTTOM UDAH NGETO

Setelah hampir tiga bulan aku tidak menerjah lubuk air masin rod aku dah mula ngeto dengan panglaman yang cetek aku telah merancang untuk mengadakan satu komplot ke Pulau Sembilan untuk bermain dengan Cencaru, Ebek, Sagei, Daun Baru dan Jenahak Junior serta ikan dasar. Permainan kali ini adalah bottom berpelurukan Udang hidup. Ahli jemputan terdiri daripada Sifoo Arif, Sifoo Fender, Mihar Sifoo, Mahaguru Duan, Junior Asraf, Junior Faizal, Tok Batin Syukri Awin dan Mastadewataraya Jentt Mkelly. 

 Ringkasan Trip  

Tarikh : 14 Oktober 2018 (Ahad)
Masa : 07:00 pagi  - 07:00 malam
Lokasi : Pulau Sembilan, Perak
Pangkalan/Jeti : Kampung Permatang, Perak

Tekong Tersohor 
Lee Bapak 

Ahli
Zulmetall
Sifoo Mihar
Mastadewataraya Jentt Mkelly
Junior Asraf Zamani
Junior Faizal

Biarkan gambar berbicara terpulanglah kepada anda untuk penilaianya 

Tiga pemancing tegar sedang beraksi


Pari Tuka aksi Mihar Sifoo

Golden Pillow Mastadewataraya JenttMkelly 

Ebek hanya ini yang termampu olehku


Agihan kesamarataan hasil perjuangan 

Agihan Mihar Siffo tangkapan lima pemancing 


Dua Pemancing Lagent P9 Sifoo Mihar bersama Mastadewataraya Jent Mkelly



Ikan Daun Baru yang termampu je...!

Ebek kapak, Talang &Sagei adalah hasil membottom  

Terima kasih kepada semua ahli trip yang sudi berjuang bersama-sama, walaupun hasil kurang lumayan namun masih ada buah tangan untuk anak isteri, tidak kerterlaluan dikatakan nubis atau master ianya bergantung kepada rezeki sebab kita banyak dapat rasai ditangan tapi tak dapat dilihat dengan mata "Miss Call". InsyaAllah jika sudi dilain masa akan kita buka trip lagi 

Wednesday 3 October 2018

AKTIVITI MEMANCING JENGGO : EVENT JJO KE 31


Ahli Jenggo Sado (JSSI) Seri Iskandar menyertai Event
ke 31 anjuran Jelajah Jenggo Otaimer Teluk Intan 

Tanggal : 30 September 2018 (Ahad)
Masa : 09:00 pagi sehingga 05:00 petang
Tempat : Jeti Persatuan Nelayan Melayu Teluk Intan

Ahli JSSI Seri Iskandar, Perak 

Tekong : Chor Lee + Anchor : King Mihar

Tekong : Zulmetall  + Anchor: Zarul King
Tekong : Cucu Ingker + Anchor : Along Kelang

Para peserta menyertai Event JJO ke 31 bersama Persatuan Pencinta Sungai 


Pemenang


Kategori Ikan

Minah Patin : Cucu Ingker  ( Pertama)
 Zarul King : Wak Duri  (Ketiga)



Admin JJO  ke 31 mencari kata sepakat
Admin JJO Chor Lee Iskandar
Zulmetall mendaftar


Zarul King JJO 28 Bertemu King JJO 24  
King Mihar  bertemu admin JJO  ke 31
Para beserta kegairahan menuju lokasi