27 Januari 2019 adalah pembuka tirai aktiviti memancing udang galah atau bahasa nelayan berjenggo, komplot kali ini disertai oleh ahli tetap JSSI mereka terdiri daripada King Mihar, Chor Iskandar, Zarull King dan Zulmetall, Jentt Mkelly, Mustapha Felcra bersama adik Ipar Mustapha lokasi terpilih adalah pangkalan Ya Batak Rabit Teluk Intan. Bot 1 15 hp Jentt Mkelly, Mustapha dan adik ipar Mustapha, Bot 2 15 hp Zulmetall dan menantu Zarull King serta Bot 3 5hp Master King Chor Iskandar dan King Mihar
Berbekalkan anak udang dan cacing berserta lima batang senjata setiap orang kami menyelusuri sepanjang kawasan Sungai Batak Rabit diwaktu paginya manakala diwaktu petang kami ke Batu 5 dan 6 untuk pemburuan Jenggo dengan jangkaan boleh rasak. Sekali lagi kami kurang bernasib baik apabila kami tiba di lokasi Batu 5 dan 6 arus air telah bergerak laju dan suhu air semakin sejuk
 |
Hasil yang diperolehi |
 |
Hasil Zarul King |
 |
Cucu bermain dengan Jenggo |
 |
Hasil pancinganku |
No comments:
Post a Comment