Pages

Monday 3 December 2018

AKTIVITI MEMANCING JENGGO : BERSAMA DUA ZULMETALL JR


EVENT JJO DIBATALKAN TETAPI KOMPLOT BERSAMA ZULMETALL JR  

Rekod 2018 Sepit Biru 317 gram  


Pembatalan event JJO pada 02.12.2018 (Ahad) bertempat di Jeti pekan, Teluk Intan telah memberi kesempatan untuk membawa dua orang zulmetall JR bersama seorang menantu Zarul King yang telah menempatkan diri dalam Event JJO Teluk Intan.  Kami seramai 7 orang berkomplot untuk mencuba nasib di Jeti Pak Ya Batak Rabit. Ahli komplot terdiri daripada 

Bot I: Master King Chor Lee & King Mihar, Bot II : Pawang Cucu Ingker (Solo), ot III : Zarul King & Zulmetall JR II, Bot IV : Zulmetall & Zulmetall JR I. Pergerakan kami agak lewat setibanya di Jeti Pak Ya pada Jam 9.00 pagi. 

Ahli komplot Zulmetall & Cucu Ingker


Zulmetall otai masih berbisa

Imej di atas adalah lesen untuk Zulmetall  sebelum komplot kami menrima hujan lebat bermula dari jam 11.30 pagi sehingga 1.30 petang. Komplot kami menerima sekali lagi hujan bermula jam 3.00 petang sehingga jam 4.30 petang. Bot yang dipandu Zulmetall  tidak banyak menerjah port yang berpotesi untuk menaikkan Sepit Biru. Kami sempat menerjah empat lokasi sahaja dan lokasi terakhir (Pacak Banglow) bermastautin selama empat jam untuk port yang terakhir sebelum kami menamatkan komplot hari ini. Akhirnya terhasilah seperti imej di bawah boleh menceritakan segalanya....!?


Hasil terakhir Zulmetall JR I


Hasil pertama didaratkan oleh zulmetall


Hasil keseluruhan kedua Zulmetall & Zulmetall JR1

Kami bergerak pulang tepat jam 7.30 malam, di ikuti oleh Pawang Cucu Ingker kerana Ahli kami Master King Chor Lee & King Mihar meneruskan komplot sehingga jam 10.00 malam. Kami amat berterima kasih kepada ahli komplot yang sudi menyertai kami untuk menerjah memancing Jenggo, Sepit Biru atau Si Udang Galah. Wassalam...


Berat si sepit biru pada 02.12.2018




No comments:

Post a Comment