Aktiviti bersama nouvis
(New Bee Angler)
Teman ni nak dikatakan pemancing tegar atau tega hanya kenkawan sahaje yang dapat menilainya. Tanggal 21 Mei 2016 (Sabtu), bertempat di Pantai Remis, Batu Tiga Segari bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Trip ini dinamakan Trip Ulangan Gigil di Pecah Batu, Segari
Agler Persediaan
Tai Long : Asraf Zamani Rod : Sederhana lembut, PE 2/4, 3/5 atau PE 10/20
Ang kong : Hasdino Shafizul Panjang : 6, 7, 8 dan 12 kaki
Frenzi : Zulmetall Mata kail : Daici 4, 6, 8, Chinu 10, 14, 16 dan 18 Sasaran : Jenahak, Gegerut, Siakap dan Sembilang
Umpan : Pumpun dan udang hidup
 |
Rod berbisa dari Asraf |
 |
Hasil kedua Hasdino |
 |
Hasil pertama Asraf |
 |
Hasil pertamaku
|
 |
3 sahabat perjuangan kental |
 |
Kereta legen |
 |
Hasil keseluruhan
Sebelum kami ke lokasi ini aku terlebih dahulu mencari info daripada angler yang pernah menerjah kawasan ini. Maklumat yang telah ku temui daripada kenkawan ku lebih daripada 100 jenis spesis mendiami kawasan ini. Spesis yang sering didaratkan adalah Siakap, jenahak gelama, daun baru, bolos, kerapu serta pelbagai spesis lain. Alhamdulillah aku dan kawanku ini telah menaikan Jenahak, kerapu dan bolos menggunakan umpan perumpun.
Pengalamanku sewaktu perjalanan kami ke lokasi aku terpaksa singgah kedai Ah Seng untuk mendapat bekalan umpan iaitu udang hidup dan perumpun nasib tidak menyebelahi kami hujan turun dengan lebatnya sebelum kami tiba ke lokasi. Sementara menanti hujang reda aku dan kekawan pekena teh tarik dan roti canai dulu, ' Kalu dah hujan pekena teh tarik fuuu lamm mak " Dunia ini ana yang punya .... !!?. Tanda-tanda hujan nak berhenti tidak kelihatan, aku terpaksa memberitahu kepada kawanku agar bergerak secara pelahan untuk ke destinasi, setibanya kami disini hujan masih renyai, rela dalam paksa kami menempuhnya jua. Bukit pertama dan kedua kami redahi sehingga batuan gigi pantai kelihatan kami berkampung dari jam 11.00 pagi sehingga 5.00 petang hasilnya seperti gambaran di atas. Kekawanku terima kasih kepada kalian walaupun hasilnya tak sebarap tapi ikatan persahabatan lebih utama semoga persahabatan kita berkekalan.... Aminnn.
|
No comments:
Post a Comment