Pages

Monday, 31 January 2022

AKTIVITI MEMANCING UDANG GALAH : EVENT (JSSI) BIL. 1/2022

 EVENT JENGGO SADO SERI ISKANDAR BIL. 1/2022

TARIKH : 23 JAN 2022

JETI PAK YA, BATIK RABIT TELUK INTAN 

8.00 PAGI - 6.00 PETANG 


TAG TEAM 

KING METALL - KING SYUKRI 

 MASTER KING LEE - KING YOB 

KING MIHAR - KING DERUS

KING JENTT - KING ZARULL 

KING CUCU - KING EXOTIK

KING A JACK - KING LAYARAN  

KING FIFI - KING WAN 


 Juara Jenggo Sado Bil. 1/2022 King Mihar (1.70 gram)

Juara Udang Telor 3 ekor terberat  (1.25 gram)


King Duo Bil. 1/2022
Tekong Terbaik dan Co-Pilot Terbaik 
Penyertaan  King Metall


Penyertaan Master King Lee

Penyertaan King Lan

Penyertaan King Derus 

Penyertaan King Syukri

Penyertaan King Wan

Penyertaan King Fifi

Penyertaan King Cucu




Keputusan Penuh 

Juara Jenggo Sado - King Mihar

Juara Duo - King Jentt/King Zarul

Tekong Terbaik - King Jentt

Co-Pilot Terbaik- King Zarull

Juara Sepit Jenggo Terpanjang -King Yob


Hasil King Metall

Akhir Kalam 

Terima kasih kepada semua Tekong dan co-pilot walaupun event kita ini kecil tapi meriah serta berukhwah semoga next event kita berjumpa kembali bye....bye...bye..


Terima Kasih Daun Keladi 
Bunga Padi  Berdaun Lalang
Next Event Bertemu Lagi
Hati Gundah Dapat Bertenang 



















Wednesday, 19 January 2022

AKTIVITI MEMANCING HARUAN : PAKAIAN RASMI GJSI & MENCARI LESEN 2022

LESEN HARUAN 2022 DIPERBAHARUI 

Pada tanggal 18.01.2022 (Sabtu) sempena thaipusam Geng Joran Seri Iskandar mengadakan komplot  di hutan lipur Felcra Nasaruddin di sekitar Sungai Tareh bermula Jam 8.30 sehingga 12.00 Tengahari. Seramai 8 orang sif GJSI berentap memburu hadiah ikan haruan terberat bermula  750 gram. 

Sifu Saiful,  Sifu Zarul, Sifu Zaril, Sifu Mad, Sifu Jamil, Sifu  Jentt, Sifu Fadzil & Sifu Zulmetall

Biarlah gambar bercerita menarik Alhamdulillah jika tidak kelemahan pengarang 


Bertemu Abang Beso GJSI


Sifu 3Z bergaya dengan jersi baru GJSI 

Ahli GJSI menuju ke lokasi 


Lesen 2022 diperbaharui  (1102 g)


Sifu2 GJSI berkomplot 18.1.2022



Hasil tangkapan oleh sifu GJSI


Sifu Zarul & Sifu Mad


Haruan terberat Sifu Fadzil 1145 gram 

aksi 
Aksi Sifu Zarul 700 gram


Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh buat semua rakan2 dalam lingkungan persempadanan persahabatan Geng Joran Seri Iskandar (G.J.S.I.). Syukur Alhamdulillah satu sejarah dapat dicipta dari awal permulaan kebangkitan G.J.S.I divideokan kali ini. Perkongsian ini bukanlah satu tontonan malahan ianya mungkin boleh dijadikan satu sejarah buat kita dalam persempadanan G.J.S.I ini. 
Hayatilah bagaimana ianya mula terjadi sehinggalah keselesaan perkongsian matlamat dapat dicapai bersama didalam G.J.S.I ini. Saksikanlah.... Jeng...! Jeng...! Jeng...!



Sunday, 9 January 2022

AKTIVITI MEMANCING JENGGO : BERSAMA ABANG BESO LESEN 2022

AKTIVITI MEMANCING 

nAK Cari uDAng...! nAK Cari  uDAng ....! nAK Cari uDAng ...! 
Pemburuan kali ini bertujuan *Reniew*  lesen untuk tahun 2022

AHLI KOMPLOT 

1. CUCU INGKER = CI JUNIOR + IKRAM GH
2. KING MINHAR + SIFOO DERUS
ZULMETALL+ TENGAS MERAH (BIG BROTHER SI)

TARIKH : 08.01. 2022
TEMPAT : BATAK RABIT TELUK INTAN
MASA : 8.30 PAGI  - 05.00 PETANG (RIBUT)


Nak berceloteh  kurang arif namun biarlah gambar saja berbicara 

Bonus tarikan padu Sang Duri



Hasil Pertama Big Brother SI (1.82 gram)


Berat keseluruhan  Hasil Big Brother SI
 
Hasil Keseluruhan (Tengas Merah)


Hasil pertama catatan 1.51 gram

Hasil keseluruhan Zul Metall (27ekor)


Reniew lesen 2022  dengan (1.85 gram )


Trip reniew lesen 2022 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya, namun trip kali ini tidak mengikut perancangan setalah hujan ribut petir turun sekitar jam 4.45 petang. Hasil keseluruhan boleh dibanggakan jua, namun sasaran untuk menyamai rekod peribadi jenggo seberat 3.17 gram (2018)  tidak tercapai. Kami bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana masih diberi rezeki untuk santapan keluarga. Kepada teman sepejuangan dan sehobi ucapan terima kasih kerana sudi bersama trip kali ini 













Monday, 22 November 2021

AKTIVITI MEMANCING : MENYERTAI EVENT JJO KE 40 DI TELUK INTAN PERAK



 Event JJO ke 40,  bertarikh 14 Nov 2021, bertempat di Pekan Teluk Intan bermula 
Jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang 

Ahli  JSSI yang menyertai terdiri daripada 

Chor Iskandar "Master King " (Solo)

King Mihar  (Solo)

Cucu Inker  + Zam Felcra (DUO)

King Ajak + Lan Stone (DUO)

ZulMetall  + ZulFaqar (DUO)

Ahli JJSI berjaya menaiki podium


Keputusan penuh event JJO ke 40


Acara Perlepasan 


Hasil  Pertama Zulfaqar 1.25 gram


Hasil ikan kurau janggut


Hasil Pertama 1.01 gram

Hasil kedua 1.75 gram 

Ketagori Udang Telor


Hasil keseluruhan double Z
















Taniah... Taniah...Taniah...
 
Geng Jenggo Sado Seri Iskandar 

Berjaya menguasai podium event JJO ke 40












































Sunday, 17 January 2021

AKTIVITI MEMANCING JENGGO : MENCARI LESEN 2021

 JETI PAK YA : Batak Rabit , Teluk Intan 

MASA : 7.00 Pagi - 7.00 Malam 

TARIKH : 17 JAN 2021 = 4 JamadilAkhir 1442


Tanggal  17 Jan 2021, trip perbaharui lesen tahun 2021 bersama menantu kedua ahli JSSI di kenali Zarul King, Segala persiapan telah diuruskan olehnya, keghairahan Zarul King begitu ketara apabila  seawal 6.00 pagi telah bersedia sepenuhnya (Teman) ganti nama diriku agak lewat dari kebiasaanya apabila pemburuan jenggo teman yang paling awal bersedia. 

BERTEMU RAKAN SETAMAN

Tepat jam 7.00 pagi kami tiba dilokasi iaitu Jeti Pak Ya, Batik Rabit Teluk Intan, seperti yang ditempah oleh teman kebiasaan bot muncung itik adalah pilihanku, sebelum bergerak teman titipkan doa  *Wama Romaita, Itzromaita WalakinnalAllah Haromaiin* (Aku tidak campakkan pancingan ini  kecuali aku berdoa kepada allah untuk mendapatkan kebaikan) memohon dimurahkan rezeki dan dijauhi malapetaka (Keselamatan). Kami menuju port pilihan pertama Jeti Kayu. Alhamdullilah rezeki pertama teman jenggo kelas B+  tetiba sebuah bot menuju ke arah kami ketibaanya mengejutkan kami berdua rupannya beliau adalah ahli JJSI serta rakan setaman dengan Teman 

BERSELFIE SEKEJAP
LESEN 2021

MERAI BERSAMA CUCU

DAPATANKU  2021

Hasil perjuangan teman dari jam 7.00 pagi berakhir jam 7.00 malam kurang lebih 78 ekor namun tiada yang bertaraf A kecuali B+ serta C, cukuplah untuk dibuat kari serta masak lemak cili api untuk 4 hari makan bersama keluarga 

 ZARUL KING, HASIL SEAWAL PAGI
IKAN IDAMAN 
LESEN 2021, ZARUL KING 
HASIL DIRAI BERSAMA ANAKNYA

ECHA MODEL 2021

KEBERHASILAN  ZARUL KING

Bagi Zarul King hasilnya agak memberansangkan dengan menaikan beberapa ekor jenggo bersaiz mega A+, A dan B. Telah menjadi kebiasaan kami bila balik dari memancing  kami disambut sekecil yang keletah bertanya itu dan ini dan akhirnya dialah akan menjadi model untuk gambar jenggo kami. Lihat foto diatas....! 

Terima kasih kepada isteri dan seluruh anggota keluargaku yang sabar melayani kerenah hobi  suami dan ayahmu  yang minat memancing tidak kira laut, sungai, lombong, kolam dan parit. Hasilnya samalah kita rasa....!