Pages

Monday, 26 August 2019

AKTIVITI MEMANCING UDANG GALAH : MENYERTAI EVEN JSSI KE 4 2019



Perancangan event JSSI kali telah tersusun dari awal selepas tamatnya Event JSSI edisi ke 4, Bil. 2/2019.Event kali ini serentak dengan Event JLK , bertempat di Batak Rabit, Teluk Intan Bertarikh pada 25 Ogos 2019 bersmaan 25 Zulhijjah 1440. Penyusunan dan pengaturan telah bermula dari penentuan  pasangan yang mana pemilihan berdasarkan cabutan undi hasil kreativiti Tekong Ronda (Jentt).  Mesyuarat dan undian telah dijalankan di Kedai Bini Muda (Mai Singgah).  Hasil undian lahirlah pasangan seperti berikut

1. Tekong Utor, Chor Iskandar + Zarul King
2. Tekong Ronda (Jent Mkelly)  + King Mihar 
3. Tekong Tukun (Zulmetall)  + Asraf Tailong 
4. Tekong Mangkuk Putih CuCu Ingker + Razif Exotik ( Lan PB Gantian)
5. Tekong Tok Batin (Syukri Awin) + Lee Bapak (Ikram BG Gantian)

KATEGORI REBUTAN KING KE 5. BIL. 3/2019

a. King Jenggo Sado  
b. King Duo  
c. Tekong Terbaik 
c. Korpilot Terbaik 
d, Hadiah misteri (Udang telo 2 ekor)


PESERTA EVENTT JJSI EDISI KE 5, BIL 3/2019 


PILOT NAN  TEWAS



MEMBAWA KING EDISI. 4,  BIL.2/2019

MENDARAT JENGGO PERTAMA 1.16 GRAM 

ASRAF TAILONG JENGGO 1.06 GRAM 

DOUBLE STRIKE AL-DURI DAN  SANG SEPIT BIRU


PENYERAHAN TAHTA KING EDISI 4 KEPADA  KING BARU EDISI 5 (CHOR ISKANDAR) 

JUARA DUO EDISI 5, BIL 3/2019 SYUKRI (TOK BATIN)  DAN IKRAM BG

JUARA MISTERI (SYUKRI) 2 EKOR UDANG TELO TERBERAT 

JUARA CORPILOT UDANG TERBERAT 

JUARA PILOT TERBAIK KUANTITI  51 EKOR 


MERAIKAN KING BARU (EDISI 5, BIL. 3/2019


LAN PB PENYERTAAN 


TEKONG RONDA TERSOHOR PENYERTAAN

Walaupun ahli JSSI tidak seramai kelab jenggo lain namun kemeriahanya tetap dirasakan, setelah berhempas pulas bermula dari 8.30 pagi sehingga 6.00 petang akhirnya King Jenggo Sado telah ditemui iaitu Tekong Utor (Chor Iskandar) telah dinobatkan sebagai KING EDISI 5, BIL. 3/2019

Taniah kepada semua ahli JSSI yang mengambil bahagian kepada yang berjaya syabas diucapkan kepada yang tidak berjaya kita bertemu dilain event ...Tunggggggguuuuuu!


Terima kasih 



















Tuesday, 30 July 2019

AKTIVITI MEMANCING IKAN TEAM JSSI : BOTTOM DI PULAU SEMBILAN

TEAM JSSI BERSAMA HASILNYA

KING MIHAR BERSAMA HASILNYA (BAWAL GAJAH)

IKRAM BG  DAN TANGKAPANYA (BAWAL GAJAH)

ASRAF TAILONG DENGAN HASILNYA (EBEK)

ZULMETALL DENGAN SILVERNYA




Monday, 15 July 2019

AKTIVITI MEMANCING JENGGO : TERSEREMPAK ABANG BESOR KPSI





AKTIVITI MEMANCING JENGGO 
TERSEREMPAK ABAG BESO KPSI

Tiga minggu berlalu aktiviti memancing terhenti buat diriku kegigilan mula terasa, untuk mengurangkan kegigilan kad jemputan kepada rakan kuhulurkan dengan menu seperti berikut "Kalau Dia Ada Dia Makan" (Bottom Night), "Keto Tak Abih" (Mengudang) dan "Kalau Dia Lapor Dia Makan" (Meruan/Peacok Base) ini kata kunci untuk rakan yang memahami, ku dapati kesibukan rakan  sealiran sangat terbatas dan akhirnya sahabatku "King Mihar"bersetuju untuk menemaniku untuk program "Keto Tak Abih" semua persediaan telah diatur dan pada tanggal 13 Julai 2019 (Sabtu), bermula 8.00 pg.-6.30 ptg, berpangkalan Jeti Pak Ya Batak Rabit, Teluk Intan destinasi dituju 


TEKONG JENTT BERSAMA ADMIN KPSI


PA ADMIN KPSI (EPOI)

ABG BESAR KPSI (SAIFUL)

TEKONG TERSOHOR JENTT MKELLY

HASIL TEKONG JENTT

Setibanya aku dan King Mihar di jeti Pak Ya dengan kuasaNya kami dipertemukan ahli JSSI Jentt Mkelly + Abg Beso KPSI (Saiful) + PA Abg Beso KPSI (Epoi) lihat gambar di atas. Aktiviti Keto Tak Abih dihari ini ialah Jentt +Saiful+Epoi manakala Zulmetal+King Mihar. Moralnya Allah Maha Besar walaupun setempat tiada rundingan namun pertemuan tetap direstuiNya, maka biarlah gambar bercaritera



TANGKAPAN OLEH  KING MIHAR


JENGGO TERBESAR KING MIHAR


DAPATAN KING MIHAR 33 EKOR

DUBBLE STRIKE 

DUBLE STRIKE KEDUA

DAPATAN ZULMETALL


Walau hujan dan angin melanda sewaktu aktiviti berlansung namun kekentalan tekong tersohor Jentt serta Aku kami bertahan sehingga masa penamat tepat  6.30 petang dan hasil dapatan seperti paparan

 Akhir kalam jutaan terima kasih kepada temanku King Mihar, Jentt, Abg Beso KPSI  dan Epoi yang sudi berukhwah dengan ku untuk mengharungi dunia kehayiran 

Sekian terima kasih


































Tuesday, 25 June 2019

AKTIVITI MEMANCING JENGGO BERSAMA ZULMETALL JR : BATU LIMA TELUK INTAN


Mencari lauk udang bersama Zulmetall JR. 

Entah kenapa...?  keinginan memancing udang meluap-luap disanubariku bak kata ayat pemancing "dah gigil"  lantas aku menjemput rakan pemancing untuk menemaniku namun kesemua rakan yang dijemput kesibukkan. Ketiadaan rakan untuk memancing membuat aku nekad untuk menerjah lubuk udang secara solo. 

Segala persiapan telah ku atur dengan rapi seperti  tempahan bot, umpan termasuk peralatan memancing namun ketiadaan rakan memancing menjadikan aku sedikit gusar, sekali lagi pelawaan dibuat kepada kedua anak dan menantuku jawapan tetap sama mempunyai program lain, Ke esokanya tangga 16 Jun 2019 (Ahad) bersamaan 12 Syawal, seawal 6.30 pagi ketika aku ingin bertolak ke Teluk Intan, Batak Rabit menuju jeti Pak Ya, kedengaran suara memanggil ayah...! ayah...! ooo ayah....! Amir nak ikut...!  Jawapan seorang ayah terlalu ringkas ok.....Jom!. 

Aku bersyukur kepada Allah yang menghadirkan teman memancing untuk ku walaupun  anakku sendiri, setibanya aku dipangkalan Pak Ya Batak Rabit, aku telah dipertemukan dengan rakan JSSI iaitu King Mihar + Master King  maka adegan memancing terjadi di antara  Zulmetall + Zulmetal JR I , King Mihar +Master King. Moralnya Allah memberi  aku teman dan rakan walaupun tidak berjanji bersama.  Hasinya biarlah gambar berbicara 


Penantian penuh kesabaran

Hasil seorang otai jenggo

Dapatan Zulmetall JR I


Fokus kepada senjata


Tangkapan selain jenggo 

Tangkapan jenggi terkecil 

Hasil jenggo terbesar Zulmetall JR I


Dubble strike jenggi

Dubble strike kedua 

Lauk untuk keluarga 


Akhir kalam 

Selaku hambanya aku berterima ksih kepada yang maha esa (Allah) Yang telah menjayakan keinginanku serta menghadirkan teman buat diriku. Kepada anakku (Amir) ucapan terima kasih kerana menemani ayah dan kepada rakan JSSI ukhwah kita masih kuat walaupun tiada ikrar dan perjanjian 

Terima kasih semua










Monday, 24 June 2019

AKTIVITI MEMANCING UDANG DI BATAK RABIT : EVENT JJO KE 35 2019


EVENTT JJO RAYA KE 35 


Bismillahhirohmanirrahim 

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang  kumpulan Jenggo Sado Seri Iskandar telah menyertai event JJO ke 35, Bil. 3/2019. Kebiasaan  pasangan adalah yang terpilih berdasarkan kepakaran dan kelapangan  ahli JSSI. Event JJO RAYA diadakan pada 23 Jun 2019 bertempat Jeti Pak Ya, Batak Rabit permulaan jam 9.00 pagi berakhir 5.30 petang. 

Kumpulan JSSI terdiri daripada    
Cucu Ingker /Ikram 
Chor Iskandar/ King Mihar
Jentt Mkelly/Bro Ajak
Zulmetall/Zarul King


Sarapan pagi 

8 Peserta JSSI berentap di Event JJO Raya 

Melapangkan fikiran sebelum berentap 


Pemakaian serupa tapi tak sama 


Hasil terbaik King Mihar 130 gram

Hasil terbaik Zarul King 120 gram

Ikram udang telo 75 gram

Udang juara CI 195 gram

Zul Metall udang 125 gram

 Keputusan penuh event JJO Raya


Juara ikan terberat

Juara udang telo terberat



Juara king of Jenggo Event JJO ke 35 




Tempat ke 8 JJO  ke 35







3 Pemenang tempat ke 10 ke 35




Hadiah penyertaan 



Bro Ajak penyertaan pertama JJO ke 35 


10 Pemenang Udang terberat JJO ke 35


Peserta Eventt  JJO Raya ke 35, Bil. 3/2019

Berakhir sudah event JJO Raya, kepada ahli JSSI yang menang taniah diucapkan kepada yang kalah kuatkan semangat dan tingkatkan usaha dimasa akan datang. Akhir kalam saya memohon ampun dan maaf seandainya pengurusan ahli JSSI sewaktu event in berlansung kurang memuaskan dan banyak ke khilafanya.   



Ketor Tak Abih , Ukhwah : No 1