Pages

Wednesday, 12 June 2013

AKTIVITI MEMANCING UDANG GALAH PERSEDIAAN


AKTIVITI MEMANCING
 SEPIT BIRU, UDANG GALAH ATAU JENGGO


Usah gelisah andainya anda baru berjinak memancing udang galah di Perak, peralatan yang digunakan juga sangat mudah dan murah. Anda perlu sedikit keberanian dan pengorbanan untuk melayan hobi ini.

Kita bermula 

1. Peralatan pancing
a) Rod yang pendek 4' tapi lembut hujungnya
b) Tali benang 20 paun amat sesuai
c) Pemberat (ladung) bersaiz 5-7
d) Mata kail pelbagai jenama saiz nombor 2-4

2. Umpan
a) Perumpun nipah
b) Udang kecil atau udang lopak
c) Cacing biasa/kampong
d) Hati/jantung ayam

3. Lokasi memancing
a) Berhampiran rimbunan pokok (Pokok Nipah atau bakau)
b) Kawasan yang dikenalpasti ada timbunan kayu yang kekal didasarnya
c) Kawasan timbunan batu atau kayu kekal buatan manusia (Tuas/unjam)

4. Keadah memancing
a) Dasar "Bottom"

5. Sentapan
a) Perhatikan hujung rod ianya bergetar
b) Jika inya bergetar pastikan hujung rod tunduk mengikut tali utama
c) Jika tunduk tak perlu  membalas sentapan tersebut
d) Pusingkan mesin  kekili sahaja

Disyorkan anda melihat http://www.pancing.net/index.php?topic=26846.0


Tuesday, 27 November 2012

AKTIVITI MEMANCING KAWANKU DISUNGAI PERAK

LOKASI TERBAIK MENGUDANG ADALAH BELAKANG BALAI POLIS PARIT

                                    Rakan sepejuangan menggoda Sepit Biru Sungai Perak

Tewasnya jenggo dengan cacing Je....

Fuhh... Besonya Yop


Kawan teman ni mancing di tebing sungai Perak, pekan Parit. walaupun menggunakan umpan cacing biasa hasilnya cukup lumayan. Di negeri Perak masih banyak tempat memancing yang boleh diterokai oleh peminat udang galah dari Grik sehingga Teluk Intan. lokasi paling popular adalah sekitar Teluk Intan, Bagan Datoh  dan Kampar. Kawasan sungai yang paling diminati ramai adalah  Sungai Dulang, Sungai Sumun, Sungai Rangam dan Hujung Rintis

AKTIVITI MEMANCING PERTAMAKU JENGGO BERSAMA TEKONG SYUKRI


Trip : Memancing sepit biru atau jenggo di kuala Bagan Datok


Tekong   : Syukri (Sukri Awin)
Agler 1   : Zainal (Matakeli)
Angler 2 : Zulkifli (Zulmetall)


Matakeli ikan baguk di Boya Merah

Hasil Tangkapan jenggo oleh Matakeli

Persaingan hebat antara matakeli dan Zulmetall


Keseronokan memancing udang galah tidak seperti memancing ikan di laut, lombong, kolam, sungai mahupun dipaya. Memancing undang galah memerlukan kesabaran dan kelembutan yang cukup tinggi. Daya sentapan undang galah amat jauh berbeza dengan sentapan ikan dan hasilnya anda saksikan sahaja gambar di atas pehhh terbaik tetapi jika anda membalas sentapan udang galah potensi anda kumpau (O) amat baik