Pages

Monday, 22 November 2021

AKTIVITI MEMANCING : MENYERTAI EVENT JJO KE 40 DI TELUK INTAN PERAK



 Event JJO ke 40,  bertarikh 14 Nov 2021, bertempat di Pekan Teluk Intan bermula 
Jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang 

Ahli  JSSI yang menyertai terdiri daripada 

Chor Iskandar "Master King " (Solo)

King Mihar  (Solo)

Cucu Inker  + Zam Felcra (DUO)

King Ajak + Lan Stone (DUO)

ZulMetall  + ZulFaqar (DUO)

Ahli JJSI berjaya menaiki podium


Keputusan penuh event JJO ke 40


Acara Perlepasan 


Hasil  Pertama Zulfaqar 1.25 gram


Hasil ikan kurau janggut


Hasil Pertama 1.01 gram

Hasil kedua 1.75 gram 

Ketagori Udang Telor


Hasil keseluruhan double Z
















Taniah... Taniah...Taniah...
 
Geng Jenggo Sado Seri Iskandar 

Berjaya menguasai podium event JJO ke 40












































Sunday, 17 January 2021

AKTIVITI MEMANCING JENGGO : MENCARI LESEN 2021

 JETI PAK YA : Batak Rabit , Teluk Intan 

MASA : 7.00 Pagi - 7.00 Malam 

TARIKH : 17 JAN 2021 = 4 JamadilAkhir 1442


Tanggal  17 Jan 2021, trip perbaharui lesen tahun 2021 bersama menantu kedua ahli JSSI di kenali Zarul King, Segala persiapan telah diuruskan olehnya, keghairahan Zarul King begitu ketara apabila  seawal 6.00 pagi telah bersedia sepenuhnya (Teman) ganti nama diriku agak lewat dari kebiasaanya apabila pemburuan jenggo teman yang paling awal bersedia. 

BERTEMU RAKAN SETAMAN

Tepat jam 7.00 pagi kami tiba dilokasi iaitu Jeti Pak Ya, Batik Rabit Teluk Intan, seperti yang ditempah oleh teman kebiasaan bot muncung itik adalah pilihanku, sebelum bergerak teman titipkan doa  *Wama Romaita, Itzromaita WalakinnalAllah Haromaiin* (Aku tidak campakkan pancingan ini  kecuali aku berdoa kepada allah untuk mendapatkan kebaikan) memohon dimurahkan rezeki dan dijauhi malapetaka (Keselamatan). Kami menuju port pilihan pertama Jeti Kayu. Alhamdullilah rezeki pertama teman jenggo kelas B+  tetiba sebuah bot menuju ke arah kami ketibaanya mengejutkan kami berdua rupannya beliau adalah ahli JJSI serta rakan setaman dengan Teman 

BERSELFIE SEKEJAP
LESEN 2021

MERAI BERSAMA CUCU

DAPATANKU  2021

Hasil perjuangan teman dari jam 7.00 pagi berakhir jam 7.00 malam kurang lebih 78 ekor namun tiada yang bertaraf A kecuali B+ serta C, cukuplah untuk dibuat kari serta masak lemak cili api untuk 4 hari makan bersama keluarga 

 ZARUL KING, HASIL SEAWAL PAGI
IKAN IDAMAN 
LESEN 2021, ZARUL KING 
HASIL DIRAI BERSAMA ANAKNYA

ECHA MODEL 2021

KEBERHASILAN  ZARUL KING

Bagi Zarul King hasilnya agak memberansangkan dengan menaikan beberapa ekor jenggo bersaiz mega A+, A dan B. Telah menjadi kebiasaan kami bila balik dari memancing  kami disambut sekecil yang keletah bertanya itu dan ini dan akhirnya dialah akan menjadi model untuk gambar jenggo kami. Lihat foto diatas....! 

Terima kasih kepada isteri dan seluruh anggota keluargaku yang sabar melayani kerenah hobi  suami dan ayahmu  yang minat memancing tidak kira laut, sungai, lombong, kolam dan parit. Hasilnya samalah kita rasa....!



















Thursday, 17 December 2020

AKTIVITI MEMANCING UDANG GALAH SELEPAS PKPB

 Tarikh : 06 Disember 2020

Masa : 08.00 pagi - 07.00 malam 

Pangkalan : Jeti Pak Ya Batak Rabit 

Tema : Tamat PKPB Ke 2

Hasil Seorang Nelayan 

Pemburu Jenggo Kental


Terlalu Fokus Bersama Senjatanya 


Akhirnya....!!!  Jenggo Megatron 


Double Strike Jenggi


Keceriaan Seorang Pemancing


Sang Mentari Akan Berlabuh





Hasilan....KU 

Kegembiraan Seorang Ayah


Model Baru Jenggo 2020













 

















Monday, 7 December 2020

AKTIVITI MEMANCING SANG HARUAN BERSAMA GENG JORAN SERI ISKANDAR

 Hampir dua tahun ku tinggalkan dunia hanyir sang Haruan, PKPB kali kedua yang dikuatkuasa oleh kerajaan adalah penyebab aktiviti memancing ku hampir terhenti, Apa yang termampu olehku hanyalah membaca whatsapp sahaja. Ku baca whatsapp satu persatu  sehinggalah ke group Geng Joran Seri Iskandar. Terbaca olehku suatu jemputan memancing Sang Haruan di Perbadanan Felcra Nasaruddin di buka oleh Abang Beso Saiful  Seri Iskandar admin GJSI pada 05 Disember 2020 Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari 

Nah... !! tanpa berfikir panjang ku masukkan namaku bersama Masta Zarul nama timangan dalam group GJSI sebagai tanda persetujuan untuk menyertainya . Masa yang dinantikan telah tiba tepat jam 7.30 pagi kami bergerak dari Restoran Rahman Conner Seri Iskandar menuju ke Perbadanan Felcra Nasaruddin laluan kelapa sawit kami redahi, laluan becak kami tempohi laluan berliku menguji ketahan mental dan fizikal kami namun sesukar manapun perjuangan tetap diteruskan dan akhirnya dua ekor Gabus Comel masuk ke akuariumku. Biarlah gambar berbicara...! 


Peserta Geng Joran Seri Iskandar 


Sifoo Jentt & Sifoo Kasim adalah peserta terhebat 


Rentapan Sang Haruan hasil pertamaku  


Pertemuan Abang Beso Bersama Pemancing Bota 


Hasil keseluruhan  


Terima Kasih admin GJSI yang sudi menjemput kami menyertainya bagi menjayakan komplot memancing Sang Haruan . Hanyir Sang Haruan kembali melekati tubuhku semula apakah? mampu ku teruskan atau ku biarkan  sebagai nostalgia kembali  setelah PKPB ditamatkan namun tahun 2020 ku perbaharui lesen Sang Haruan akhir kalam  Sayo Nara..... Sayo Kobis dan Assalamualaikum! 








Monday, 12 October 2020

AKTIVITI MEMANCING JENGGO : MENYERTAI EVENT JLK BIL. 2/2020

Tanggal 11 Oktober 2020 Ahad, ahli JSSI menyertai event anjuran Jenggo Lembah Klang (JLK), bermula tepat jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Jeti Pak Ya, Batak Rabit Teluk Intan. Ahli JSSI yang menyertai event JLK terdiri daripada 

Pasangan 1 : Pilot Cucu Ingker & Chor Iskandar

Pasangan 2 : Pilot Mihar & Zulmetall 

Pasangan 3 : Pilot Otai Ajak & Pak Yop 

PERSEDIAAN AWAL


KEMBALI MENJADI CORPILOT




PENANTIAN PESERTA  

SESI TAKLIMAT PERTANDINGAN

PESERTA BERLEPAS  

Walaupun ahli JSSI seramai 6 orang, Kewibawaan mereka terserlah dengan menaiki podium, 2 ahli meduduki top 10 kategori jenggo sado, dan seorang ditempat kedua kategori ikan terberat


KEDUA IKAN TERBERAT

KE SEMBILAN JENGGO TERBERAT 

KE LAPAN JENGGO TERBERAT



Mohon kemaafan paparan hasil tidak dibenarkan oleh ahli JSSI kerana menjaga sensitiviti. Video tangkapan ada di rakam namun teman ni korang pandai nak up load. Soooooory bye.....bye... 






Monday, 31 August 2020

AKTIVITI MEMANCING JENGGO BERSAMA ZULMETALL JR II = TEWAS 2-0

Tarikh : 30 Ogos 2020 (Ahad) Aktiviti berjenggo bersama Zumetall Jr II berpangkalan di Seven Stone, Bagan Datuk ketewasan 2-0. Hajat anak kelima dipenuhi serta  hasrat isteri merasai Laksa Pangkor berkuahkan Sisepit Biru 

 

Bersama Zulmetall JR beraksi
Beraksi bersama Zulmetall JR II

Strike Jenggo Paling Sado 


Senyum Terukir Bila Double Strike

Aksi Seorang Pemancing Tegar


Lawan Tetap Lawan


Kesudahan cerita 

Laksa Mee Pangkor dengan Sop Sepit Biru



Sop Jenggo Sado kuah Laksa Mee Pangkor  

Istimewa Jenggo & Laksa Pangkor