JETI PAK YA : Batak Rabit , Teluk Intan
MASA : 7.00 Pagi - 7.00 Malam
TARIKH : 17 JAN 2021 = 4 JamadilAkhir 1442
Tanggal 17 Jan 2021, trip perbaharui lesen tahun 2021 bersama menantu kedua ahli JSSI di kenali Zarul King, Segala persiapan telah diuruskan olehnya, keghairahan Zarul King begitu ketara apabila seawal 6.00 pagi telah bersedia sepenuhnya (Teman) ganti nama diriku agak lewat dari kebiasaanya apabila pemburuan jenggo teman yang paling awal bersedia.
|
BERTEMU RAKAN SETAMAN |
Tepat jam 7.00 pagi kami tiba dilokasi iaitu Jeti Pak Ya, Batik Rabit Teluk Intan, seperti yang ditempah oleh teman kebiasaan bot muncung itik adalah pilihanku, sebelum bergerak teman titipkan doa *Wama Romaita, Itzromaita WalakinnalAllah Haromaiin* (Aku tidak campakkan pancingan ini kecuali aku berdoa kepada allah untuk mendapatkan kebaikan) memohon dimurahkan rezeki dan dijauhi malapetaka (Keselamatan). Kami menuju port pilihan pertama Jeti Kayu. Alhamdullilah rezeki pertama teman jenggo kelas B+ tetiba sebuah bot menuju ke arah kami ketibaanya mengejutkan kami berdua rupannya beliau adalah ahli JJSI serta rakan setaman dengan Teman
BERSELFIE SEKEJAP
|
LESEN 2021 |
MERAI BERSAMA CUCU
|
DAPATANKU 2021
Hasil perjuangan teman dari jam 7.00 pagi berakhir jam 7.00 malam kurang lebih 78 ekor namun tiada yang bertaraf A kecuali B+ serta C, cukuplah untuk dibuat kari serta masak lemak cili api untuk 4 hari makan bersama keluarga
|
ZARUL KING, HASIL SEAWAL PAGI
|
IKAN IDAMAN |
LESEN 2021, ZARUL KING |
HASIL DIRAI BERSAMA ANAKNYA |
|
ECHA MODEL 2021 |
|
KEBERHASILAN ZARUL KING
|
Bagi Zarul King hasilnya agak memberansangkan dengan menaikan beberapa ekor jenggo bersaiz mega A+, A dan B. Telah menjadi kebiasaan kami bila balik dari memancing kami disambut sekecil yang keletah bertanya itu dan ini dan akhirnya dialah akan menjadi model untuk gambar jenggo kami. Lihat foto diatas....!
Terima kasih kepada isteri dan seluruh anggota keluargaku yang sabar melayani kerenah hobi suami dan ayahmu yang minat memancing tidak kira laut, sungai, lombong, kolam dan parit. Hasilnya samalah kita rasa....!