AKTIVITI MEMANCING DI HUJUNG MINGGU
BERJENGGO DI BATAK RABIT TELUK INTAN
Impian ku untuk memancing jenggo (Udang Galah) di Teluk Intan kini terlaksana sudah...!
Bukan mudah untuk ku melangkah ke sana, bagaimana...? impianku terlaksana ini ceritera ku. Tanggal 04 Feb 2017 sewaktu lepak bersama rakan SRS kawasan tamanku aku mendapat jemputan daripada rakan SRS ku yang dikenali dengan nama Chor Iskandar nake nama group whatsApp. Pelawaan ini atas dasar sebuah bot rakannya yang tidak hadir Event di Batak Rabit tanggal 05 Feb. 2017. Seperti orang mengantuk disorongkan batal dengan mudah pelawaaanya ku terima. Kini bermula episod memancing udang galah di Batak Rabit, Ahli terdiri daripada Tekong : Chor Iskandar, Ancor : Zulmetall : VIP : Mihar
biarlah gambar menjadikan bukti dan berbicara.....
Aksi Zulmetall begitu khusuk |
Hasil Pertama VIP Mihar |
Jenggo kehilangan senjata tangkapan VIP |
Hasil sampingan sungai Batak Rabit |
Ini bukan jenggo tapi janggut |
Berumpan cacing dan anak udang, bersenjatakan 4 batang rod (4-5 kaki) setiap ahli komplot bermatakan serawak atau angler (Nisbah 2 atau 3) berkenderaan 8 kaki (fiberglass) berenjinkan 8 kuda (Yamaha) kami menyelusuri sungai Batak Rabit bermula dari Jam 8.30 pagi sehingga 6.30 petang. Keputusannya Tekong Chor Iskandar : 12 ekor (2 ekor jenggo) , VIP Mihar : Seekor Jenggo dan Ancor Zulmetall : 5 ekor tanpa jenggo namun lain-lain hasil seperti foto di atas.
Walaupun hasilnya kurang moncah namun aku sangat berpuas hati kerana impian ku tercapai sudah untuk memancing di Batak Rabit syurga udang galah (jenggo) sewaktu dahulu. InsyaAllah Batik Rabit akan ku jejakkan kaki ku buat kali kedua tungggguuu
Terima kasih kepada Tekong Chor Iskandar jemputanmu aku sampai ke Batak rabit
No comments:
Post a Comment