Mencari lauk udang bersama Zulmetall JR.
Entah kenapa...? keinginan memancing udang meluap-luap disanubariku bak kata ayat pemancing "dah gigil" lantas aku menjemput rakan pemancing untuk menemaniku namun kesemua rakan yang dijemput kesibukkan. Ketiadaan rakan untuk memancing membuat aku nekad untuk menerjah lubuk udang secara solo.
Segala persiapan telah ku atur dengan rapi seperti tempahan bot, umpan termasuk peralatan memancing namun ketiadaan rakan memancing menjadikan aku sedikit gusar, sekali lagi pelawaan dibuat kepada kedua anak dan menantuku jawapan tetap sama mempunyai program lain, Ke esokanya tangga 16 Jun 2019 (Ahad) bersamaan 12 Syawal, seawal 6.30 pagi ketika aku ingin bertolak ke Teluk Intan, Batak Rabit menuju jeti Pak Ya, kedengaran suara memanggil ayah...! ayah...! ooo ayah....! Amir nak ikut...! Jawapan seorang ayah terlalu ringkas ok.....Jom!.
Aku bersyukur kepada Allah yang menghadirkan teman memancing untuk ku walaupun anakku sendiri, setibanya aku dipangkalan Pak Ya Batak Rabit, aku telah dipertemukan dengan rakan JSSI iaitu King Mihar + Master King maka adegan memancing terjadi di antara Zulmetall + Zulmetal JR I , King Mihar +Master King. Moralnya Allah memberi aku teman dan rakan walaupun tidak berjanji bersama. Hasinya biarlah gambar berbicara
|
Penantian penuh kesabaran |
|
Hasil seorang otai jenggo |
|
Dapatan Zulmetall JR I |
|
Fokus kepada senjata |
|
Tangkapan selain jenggo |
|
Tangkapan jenggi terkecil |
|
Hasil jenggo terbesar Zulmetall JR I |
|
Dubble strike jenggi |
|
Dubble strike kedua |
|
Lauk untuk keluarga |
Akhir kalam
Selaku hambanya aku berterima ksih kepada yang maha esa (Allah) Yang telah menjayakan keinginanku serta menghadirkan teman buat diriku. Kepada anakku (Amir) ucapan terima kasih kerana menemani ayah dan kepada rakan JSSI ukhwah kita masih kuat walaupun tiada ikrar dan perjanjian
Terima kasih semua