Pages

Wednesday, 25 April 2018

AKTIVITI MEMANCING "GROUP BOTTOMNIGHT" JIWA KENTAL KE PULAU JARAK

TRIP KARANG TINGGI LALUAN SELATAN 

Group "Bottom Night" Jiwa Kental  menerjah laluan kapal Karang Selatan Pulau Jarak

Tarikh : 20-21 April 2018 (Jumaat Malam Sabtu

Masa : 3.00 petang- 11.00 pagi

Tekong Tersohor 
Lee Bapak (013-98362461

Krew 
Organizer : Zulmetall
Secretary : JenttMkelly
Krew 1: Siffo Arriff
Krew 2: King Mihar
Krew 3 : Pawang Besar CI
Krew 4 : Otai Nordin 

PERGERAKAN 

 Trip kali ini diubah pergerakkanya, dikebiasaan trip kami akan bergerak bermula jam 3.00 petang dan sampai di Kuala Permatang sekitar jam 4.30 petang. Terdapat pelbagai masalah dari ahli "Bottom Night" jiwa kental  yang perlu diselesaikan terutama berkaitan keluarga. Trip kali ini bergerak sekitar jam 05.30 petang dijangka akan sampai  Jam 6.45 petang. Sebaik sahaja tiba  di Kuala Permatang,  Tekong Lee Bapak terus menyapa " lambat lagi tinggei" sambil injin dihidupkan untuk teruskan pergerakan kerana masa dah terlalu lewat untuk ke Pulau Sembilan untuk mencari bot pukat tunda.

Bagi mendapat bekalan umpan sotong tekong Lee dipaksa  mengelilingi gugusan Pulau Sembilan sebanyak 3 pusingan dan akhirnya didapati bot Hutan Melintang sedang memilih ikan untuk disimpan kedalam dek bot mereka. Nasib menyebelahi trip kami kerana mendapat bekalan umpan sotong segar dengan bayaran RM 70.00. Kegirangan terpancar di mata ahli group "Bottom Night" Jiwa Kental dengan menaruh harapan agar  trip kali ini boleh pecah tong tambahan pula lokasi yang dituju amat jarang dikunjungi oleh pemancing tempatan. Bot kami tiba tepat jam 9.15 malam dengan labuhan  sauh yang pertama oleh Pawang Besar CI. Jika dicoretkan mungkin berjela dan berkajang kertas digunakan namun diringkaskan dengan paparan imej  yang boleh menceritakan segalanya.


Tekong Lee Bapak fokus pemanduanya wajah kegirangan King Mihar

Dikenali mesin Bangla, senjata digunakan oleh group "Bottom Night" 


Ukwah terjalin apabila santapan malam secara bersama 



Sebaik sampai ke destinasi  ahli "Bottom Night" menurunkan senjata masing2 dan kemudianya terus menikmati santapan malam yang disediakan oleh Zuza Katering. Sebaik sahaja santapan  selesai maka ahli "Bottom Night" mula menanti dan terus menanti dengan penuh harapan agar sang boron menjamah umpan sotong segar yang dihidangkan. Hampir lima jam menanti di destinasi karang Tinggi ini hanya seekor "Golden Pillow" didaratkan oleh otai Nordin yang lain kehampaan.



Jam 2.30 pagi lokasi kedua dituju oleh tekong Lee bapak iaitu kawasan kawah sedalam 60 meter nama lokasi. Sebaik sauh dilabuhkan maka ahli "Bottom Night" menurunkan senjata mereka dalam masa kurang 15 minit ting...ting...ting loceng Pawang Besar CI berbunyi dan akhirnya lihat foto 

Hasil pertama  CI "Golden pillow" seberat 2.2 kg
Hasil Kedua oleh Organiser Zulmetal  Ibu Kerisi 4.3 kg

REZEKI 
Tekong Lee Bapak memasuki lokasi ketiga dinamakan Karang Utara Pulau Jarak dengan ke dalaman 110 meter, ini adalah labuhan sauh yang ke 5. Jam 4.30 pagi sekali lagi loceng Pawang Besar CI berbunyi dengan nyaring dan kuat. Semua mata tertumpu kepadanya, hampir 15 minit permainan tarik menarik 'Dush" tali utama pancing CI putus namun begitu ikan tersebut telah membelit tali utama Zulmetall dan JenttMkelly akhirnya ikan tersebut ditewaskan lihat hasilnya

Ikan ketiga didaratkan oleh CI Haruan Tasek Anggaran 6.5 kg
Kenangan hasil tangkapan selepas CI terputus  tali utamanya 


King Mihar tankapan pertama " Golden PilloW" 2.1 kg

JenttMkelly hasil pertama didaratkan " Golden Pillow" 3.1 kg


Merenung jauh setelah berjuang di malam hari " Sang Juara"


Perjuangan telah diselesaikan namun hasilnya tak seberapa  


Hasil yang didaratkan oleh krew "Bottom Night" Jiwa Kental

Penutup

Terima kasih kepada ahli " Bottom Night" Jiwa Kental dan Tekong Lee Bapak walaupun hasil kurang namun lokasi yang baru telah kami terjah insyaAllah kami akan kembali lagi ke tapak ini pada Julai 2018



Tuesday, 10 April 2018

AKTIVITI MEMANCING SEPIT BIRU: MENYERTAI EVENT JJO KE 28



GROUP SI MENYERTAI EVENT 
ANJURAN JJO TELUK INTAN  
Sasaran Jinggo 341g

Tempat 
Jeti Persatuan Nelayan Melayu Teluk Intan 
Tarikh 
 8 April 2018 Bersamaan 21 Rejab 1439
Masa 
 8.45 pagi -05.00 petang

Peserta 
Master King Chor Iskandar + Anchor Pian Ipoh 
Masta dewata Jentt Mkelly + Lan Layaran CIJ
Zulmetall + King Mihar + Zarul King



Taklimat JJO

Pemenang JJO Ke 28 2018



Zulmetall,  Zarul beserta King Mihar (Jurufoto) menuju distinasi  
Zarul Jinggo pertamanya 125g

Sifoo Mihar mendaratkan jenggo 090g 
Lan CIJ Jenggo seberat 145g,  9.30 pagi 

Jenggo seberat 180g,  jam 11.00 pagi


Zulmetall tempat ke 5 Jinggo terberat 180g

CIJ Pemenang tempat ke 7, jinggo terberat 145g

Zarul ke 9,  jenggo seberat 125g

Jentt Mkelly pemenang saguhati  

King Mihar pemenang cabutan bertuah

Peserta Event JJO ke 28 2018 


Keletihan KING Chor Iskandar