Pages

Tuesday, 30 May 2017

AKTIVITI MEMANCING BERSAMA TEKONG TERSOHOR


TrIp tIgA tEkOnG TerSOhOR 

Trip kali ini di adun secara sepi tanpa diwar-warkan kepada rakan lain. Seawal 06.30 pagi, bertarikh 01 Mei 2017 = 04 Sya'aban 1438 menuju ke sungai Teluk Intan berpangkalan di Jetti Pak Ya. Angler udang tersohor Chor Iskandar tekong, Angler ikan tersohor Cikgu Mihar dan Aku dikenali sebagai the bottom night angler angkor . Berbekalkan nutrisi anak udang dan cacing tekong menuju ke distini anak pokok tumbang. Rakusan pertama tekong chor Iskandar

Jenggo bersaiz mega oleh Sifoo Tersohor




Hasil pertama oleh Sifoo Mihar







Hasil pertama Zulmetall (Anchor)




Rambai yang sukar dicari


Hasil keseluruhan Sungai Batak Rabit Teluk Intan


AKTIVITI MEMANCING KU SEBELUM TIBANYA RAMADHAN 1438 =


Trip mencari mama jenggo

Trip kali ini disertai oleh 9 orang pemancing menaiki (3) buah sampan yang mana (Tekong) Zul Metall , Cikgu Miha dan Din TM bot 15 kuda, Cucu Ingker (Khairil ) beserta adiknya bot 5 kuda seorang lagi tekong tersohor iaitu  Chor Iskandar bersama anaknya menaiki bot 5 kuda. Ketiga-tiga tekong menyelusuri sungai Teluk Intan (Batak Rabit). Destinasi yang terkenal  dengan sepit biru (Jenggo) bersaiz mega. Pergerakkan kami mengikut cita rasa dan naluri hati masing-masing selaku tekong lokasi berhampiran sahaja dipilih, Nah...! hasil pertama ku dengan bermodalkan rod 5 kaki, mata no 2, perambut 15 lb, batu  06 gram reel 200s berumpankan anak udang.

Hasil pertamaku sewaktu air pasang

Berdasarkan tarikh 24 Sya'aban aku yakin hari ini tak perlu mencari lokasi yang jauh, cukup dipersekitaran pangkalan aje kerana arus sungai kurang laju serta boleh memancing di tempat yang agak dalam sedikit. Bersenjatakan 5 batang rod, Cikgu Miha 4 batang rod, manakala Din TM 3 batang rod. Kami menghampiri lokasi jeti tinggal aku, Miha dan  Din TM  menggunakan nutrisi anak udang. Allhamdullilah beberapa ekor jenggo dan jenggi didaratkan sewaktu air bergerak pasang




Jenggi dapatan Cikgu Miha

Hasil pertama DIN TM



Hasil sewaktu air bergerak surut 

Sewaktu air mula surut udang galah (Jenggo) tidak mahu lagi menjamah nutrisi anak udang, perbagai teknik kami gunakan dengan pelbagai diet pemakanan undang seperti cacing, pumpun nipah dan anak ikan namun tiada yang sudi menjamah kecuali anak ikan seperti gambar diatas "Duble strike" . Berkat kesabaran dan ketabahan akhirnya temanku melabuhkan tirainya dengan jenggo atau sepit birunya. "Din muka atak sunyum ooooo"
 

Jenggo terbesar didaratkan oleh Din TM

Hasil keseluruhan bot 15 hp, Aku,  Miha Dan Din