Pages

Wednesday, 30 November 2016

AKTIVITI MEMANCING BERTERUSAN KE PULAU JARAK


TRIP GAGAL KE JARAK 
PULAU SEMBILAN PUN JADILAH  ...!



Awalannya kami merancang untuk ke lokasi Pulau Jarak berhasrat untuk menggunakan pelbagai teknik pancingan, setiap ahli mempunyai senjata yang memungkinkan tangkapan luar biasa. Sewaan bot bermula bulan September 2016, komplot dibuka oleh  YDP Jentt bertarikh 27-28 November 2016, tekong tersohor Lee Bapak, ejen yang mengikutinya adalah ancorman Zulmetall, SiFFu Ariff , SiFuu Mihar, Sifu Fender dan Sifu Duan yang didapati gagal mendapat kebenaran diraja, maka sifu Duan digantikan dengan  PaWang Besar Cucu Ingke. 

Tarikh kejadian           : 27-28 November 2016
Sasaran                       : Bantal Pelok, Paridah dan Cobia 
Pancingan                   : Bottom Night 
Senjata                        : Bangla 
Umpan                         : Sotong kojol (Pukat Rimau), Sotong hidup 

P9, Pulau Nipis 



 
Sifuu Ariff teknik  "Fast casting"

Senjata "Overnight Bottom"
Assssyik Jig Berantai "Appolo"






Juara Ebek "SiFuu Mihar" 

Lawan Tetap Lawan

Hasil keseluruhan trip"Bottom Night" P9

Kesimpulanya kami berjaya mengadakan trip ini dengan kekentalan empat (4) ahli, kerana dua (2) pemancing utama menarik diri di ikuti dua (2) pemancing gantian juga menarik diri menyebabkan trip 36 jam ke Pulau Jarak dibatalkan. Trip gagal ke jarak, Pulau Sembilan pun jadilah...! dan hasil keseluruhan digambarkan.  



Sunday, 6 November 2016

AKTIVITI MEMANCING RINDUNYA AKU KEPADA SEPIT BIRU


TRIP MEMENUHI JEMPUTAN DUA (2) PEMBESAR SERI ISKANDAR

teKONG ; ZULMETALL  pEMBESAR I ; sIFuu mIHAR    pEMBESAR II ; Abe DIN



Port idaman untuk berjenggo

Pembesar I (Sifuu Mihar) 
Pembesar II(Abe Din)


Duble strike susah nak dapat oooooo
First strike untuk trip ni
Port yang dipenuhi misteri
Hampir 11 bulan teman tak berjenggo dengan kata lain mengudang sepit biru. Tanggal 06 November 2016 bersamaan 06 Saffar 1438, mengiringi dua (2) orang pembesar daerah Seri Iskandar ke kampung sungai Rusa (Rubana) untuk berjenggo. 

Lihat foto 


Resepi mengudang

Rod         - 6 batang seorang                                         

Saiz         - 4 kaki  nada  Lembut                                   

Mesin       - 2000-3000

Jenama    - Shimano atau Daiwa (Jenama lain) ok)

Pemberat - 5, 6, 7 atau 8
Mata         - 1, 2, 3 dan 4 (Sarawak atau Angler)
Umpan     - Anak udang, Cacing tanah atau Perumpum


Berdasarkan pemerhatian teman kesesuaian untuk mengudang sama waktu dengan pacingan bottom night iaitu air kecik, rujukan kelendar Islam adalah 7, 8, 9, 10 dan 11 awalan bulan manakala akhir bulan adalah 18, 19, 20, 21 dan  22. Lokasi yang teman boleh cadangkan seperti berikut Sungai Ulu Dedap, Sungai Rubana, Sungai Ranggam, Sungai Teluk Intan atau Sungai Kampar yang saya ketahui je le....! Hasil terpulang kepada faktor air atau cuaca bergantung juga nasib seseorang nak cuba sila ........!

Hubungi 

1. Pak Ngah - 0125668624 (Rubana)
2. Pak Kassim-0194120978 (Kampar)
3. Wak Udang - 0194999652 (Sungai Ranggam)
4. Epoi udang - 011150367389 (Ulu Dedap)