Pages

Wednesday, 30 November 2016

AKTIVITI MEMANCING BERTERUSAN KE PULAU JARAK


TRIP GAGAL KE JARAK 
PULAU SEMBILAN PUN JADILAH  ...!



Awalannya kami merancang untuk ke lokasi Pulau Jarak berhasrat untuk menggunakan pelbagai teknik pancingan, setiap ahli mempunyai senjata yang memungkinkan tangkapan luar biasa. Sewaan bot bermula bulan September 2016, komplot dibuka oleh  YDP Jentt bertarikh 27-28 November 2016, tekong tersohor Lee Bapak, ejen yang mengikutinya adalah ancorman Zulmetall, SiFFu Ariff , SiFuu Mihar, Sifu Fender dan Sifu Duan yang didapati gagal mendapat kebenaran diraja, maka sifu Duan digantikan dengan  PaWang Besar Cucu Ingke. 

Tarikh kejadian           : 27-28 November 2016
Sasaran                       : Bantal Pelok, Paridah dan Cobia 
Pancingan                   : Bottom Night 
Senjata                        : Bangla 
Umpan                         : Sotong kojol (Pukat Rimau), Sotong hidup 

P9, Pulau Nipis 



 
Sifuu Ariff teknik  "Fast casting"

Senjata "Overnight Bottom"
Assssyik Jig Berantai "Appolo"






Juara Ebek "SiFuu Mihar" 

Lawan Tetap Lawan

Hasil keseluruhan trip"Bottom Night" P9

Kesimpulanya kami berjaya mengadakan trip ini dengan kekentalan empat (4) ahli, kerana dua (2) pemancing utama menarik diri di ikuti dua (2) pemancing gantian juga menarik diri menyebabkan trip 36 jam ke Pulau Jarak dibatalkan. Trip gagal ke jarak, Pulau Sembilan pun jadilah...! dan hasil keseluruhan digambarkan.  



Sunday, 6 November 2016

AKTIVITI MEMANCING RINDUNYA AKU KEPADA SEPIT BIRU


TRIP MEMENUHI JEMPUTAN DUA (2) PEMBESAR SERI ISKANDAR

teKONG ; ZULMETALL  pEMBESAR I ; sIFuu mIHAR    pEMBESAR II ; Abe DIN



Port idaman untuk berjenggo

Pembesar I (Sifuu Mihar) 
Pembesar II(Abe Din)


Duble strike susah nak dapat oooooo
First strike untuk trip ni
Port yang dipenuhi misteri
Hampir 11 bulan teman tak berjenggo dengan kata lain mengudang sepit biru. Tanggal 06 November 2016 bersamaan 06 Saffar 1438, mengiringi dua (2) orang pembesar daerah Seri Iskandar ke kampung sungai Rusa (Rubana) untuk berjenggo. 

Lihat foto 


Resepi mengudang

Rod         - 6 batang seorang                                         

Saiz         - 4 kaki  nada  Lembut                                   

Mesin       - 2000-3000

Jenama    - Shimano atau Daiwa (Jenama lain) ok)

Pemberat - 5, 6, 7 atau 8
Mata         - 1, 2, 3 dan 4 (Sarawak atau Angler)
Umpan     - Anak udang, Cacing tanah atau Perumpum


Berdasarkan pemerhatian teman kesesuaian untuk mengudang sama waktu dengan pacingan bottom night iaitu air kecik, rujukan kelendar Islam adalah 7, 8, 9, 10 dan 11 awalan bulan manakala akhir bulan adalah 18, 19, 20, 21 dan  22. Lokasi yang teman boleh cadangkan seperti berikut Sungai Ulu Dedap, Sungai Rubana, Sungai Ranggam, Sungai Teluk Intan atau Sungai Kampar yang saya ketahui je le....! Hasil terpulang kepada faktor air atau cuaca bergantung juga nasib seseorang nak cuba sila ........!

Hubungi 

1. Pak Ngah - 0125668624 (Rubana)
2. Pak Kassim-0194120978 (Kampar)
3. Wak Udang - 0194999652 (Sungai Ranggam)
4. Epoi udang - 011150367389 (Ulu Dedap)











Wednesday, 26 October 2016

AKTIVITI MEMANCING APPOLO DAN JIG PANTAS


Trip Appolo dan Jig Pantas


Perancanganku bermula pada 01Julai 2016 dengan tugasan pertamaku adalah tempahan bot dan tekong disusuli pencarian enam (6) angler terbaik  yang dinamakan "Group Bottom Night". Sebelum hari kejadian tiga (3) angler Bottom Night mempunyai masalah perbadi maka tempat mereka diganti oleh tiga (3) angler master dalam kategori masing-masing. Ahli yang mengikuti trip ini ialah Tekong : Rosli (Lee Bapak)  artikel majalah sirip

AHLI GROUP                                                ANGLER GANTIAN 

YDP: Zainal  (Jentt)                                      Master Misha : Misha
TYDP : Zulkifli (Zulmetall)                           Master Panjang : Jai                    
SU: Mihar (Mihar)                                         Master Khairil : Cucu Ingker
SiFuuu : Ariffudin (Arif)                             
SiFuu : Abdul Aziz (Fender)                       
Sifu : Ahmad Ridhuan (Duan)                    
Appolo je...! double strike
Triplle strike Cucu Ingker
Tangkapan Negro  appolo YDP Jentt
Four strike appolo Cencaru
   
Senjata pembunuh 

Hasil keseluruhan 

Pawang kerapu



Kejadian 
         




                                    Tarikh : 23 Oktober 2016                   
                                     Masa : 6.00 am - 7.00 pm                 
                                   Tempat : Pulau Sembilan (P9)

Gambar adalah pengungkap kata-kata, apa yang boleh di ucapkan adalah fun dan enjoy. Trip akan datang jarak 30 jam, InsyaAllah kami sampai.




Monday, 17 October 2016

AKTIVITI MEMANCING ANAK IKAN DI JAMBATAN VALLEY

TERJAH ANAK IKAN DI JAMBATAN VALLEY 

Pangkalan  : Kampung Longgok, Teluk Muroh,Lumut 
Tekong        : Mr Asian Bin Hanif (012-5651172)
Bot                : Fiber (24 x 5 kaki)
Peserta        : 3 orang 
Kedalaman : 4-6 meter
Waktu           : Siang sahaja
Tarikh           : 02 Oktober 2016
Sewaan         : RM 70 seorang

Melihat kebesaran Allah
Persedia awal 
Senjata        : Rod, 5-6 kaki 
Mata kail     : 4, 6, 8, 10 (Chinu) atau
                       : 14, 15, 16, 18, 20 (VMC)
Perambut      : 15 lb dan 20 lb sahaja
Pemberat       : 1, 2 atau 3 dikira sesuai 
Umpan           : Perumpum dan udang putih
Sasaran    : Bolos, gerut, tetanda, gelama, sembilang dan seangkatan dengannya 

Makan/minum 
Makanan : Nasi bungkus +Roti
Kudapan : Kuaci, kekacang dan asam
Minuman : Mineral water 250 ml

Pada tanggal 18/09/2016, aku (Zulmetall, Jentt mKelly dan Asraf Zamani (New New Angler) mengadakan komplot secara tersembunyi. Perjumpaan dan persetujuan dicapai setelah berpuas hati untuk berkomplot secara bertiga (3)  di Mamak Bistro Seri Iskandar. Persiapan awal telah diperkemaskan se awal jam 12.00 malam. Jam 5.00 pagi rutin rondaan SRS ku tamat, aku mula menghubungi Otai Jentt  seterusnya New New Asraf  dan bergerak kelokasi di Telok Muroh. 



Jam 7.00 pagi setibanya kami disana Tekong Asian menunggu dengan penuh senyuman namun hatinya gelisah akibat hujan renyai dan angin barat laut. 7.30 pagi kami dibawa kelokasi pertama Persisiran Telok Batik, Ikan pertama didaratkan oleh Otai Jentt (gelama keling), Ikan pertama didaratkan oleh Asraf 2 ekor sekali gus (Tetanda dan gelama) dan disusuli lesenku yang pertama tetanda dan gerut juga 'duble strike'.

Angin barat laut semakin kencang tekong membawa kami ke lokasi kedua Terumbu berdekatan Jambatan Valley disini kami mendaratkan beberapa ekor ikan duri sasaran yang di impikan belum lagi ditemui. Kebosanan mula menerjah dilubuk hati kami, di sekitar jam 11.00 pagi kebiasaan kami boleh mendaratkan ikan pelbagai sepesis seperti gerut, tetanda, kapas, daun baru dan bolos hari ini joran kami kurangnya beraksi. 







Bot yang disewa 
New New Asraf
Double strike  oleh Asraf
Hasil pertama 
Hasil keseluruhan 





Sekitar jam 12.00 tengha hari agin barat laut bertiup semakin kencang, ombak mula menampakan taringnya, Tekong Asian menyedari lalu mengajak kami kelokasi yang ketiga iaitu Batu Melaka Teluk Rubiah, sambil berlindung sambil mancing,  sementara menanti air laut pasang kami menjamah makanan yang di tapau, Akibat angin kencang kami terpaksa bermain sekitar pulau Katak sahaja kerana tidak mahu mengambil resiko dan akhirnya hanya gambar yang boleh menceritakan hasil keseluruhan kami.

Thursday, 6 October 2016

AKTIVITI MEMANCING APABILA TRIP GIGIL TAHAP GABAN


'TRIP GIGIL TAHAP GABAN'

Trip kali ini diusahakan oleh ku (Zulmetall), segala perancangan dan perlaksanaan seperti tempahan bot, makanan, umpan, dan lain ku uruskan demi memenuhi hasratku untuk  mempersembahkan trip terbaik kepada "group bottom night".  Hampir setiap malam kami adakan perjumpaan bersama tekong dan ahli sebagai persediaan awal dan akhirnya...

Hari kejadian   

Nama trip : Trip Gigil Tahap Gaban (24 jam)
Tarikh       : 27-28 Ogos 2016
Lokasi      : Pulau Jarak 
Masa        : 03.00 pm - 03.00 pm

"Group Bottom Night"

AHLI

Tekong          : Lee Bapak (Tekong Yee AAA)
KP                 : Zulmetall 
TKP               : Jentt Mkelly 
KD                 : Cucu Ingker
KD                 : Mihar
KD                 : Fender
KD                 : Sifuuu Arrif

GT 2016 (12.8 kg)
KELENGKAPAN/PERALATAN   

Senjata             : Bottom Rod +Bangla
Peluru               : Sutun Hidup + Kojol
Mata pancing    : VMC+Daici+Chinu
Saiz                   : 5, 6, 
Pemberat           : 500 , 600, 720 g
Kedalaman        : 160-200 m
Sasaran             : Tong Gas (Kerapu), Bantal Peluk Emas (Jenahak)

Hasil keseluruhan 

AKTIVITI
Bermula jam  5.00 petang sesi mencari umpan bermula dengan aktiviti mencandat sutun , hampir satu jam aktiviti mencandat sutun namun yang diharapkan tidak kunjung tiba. Jiwa kami amat tertekan, tepat jam 6.15 petang didapati bot pukat tunda kelihatan menaik pukat berhampiran dengan bot kami, nah...! harapan kami menggunung semula, malangnya setelah hampir lima belas minit dinanti tetiba "tekong bot berkata sotong talak  juai atas bot oooo".Jiwa kami kembali sadis tekong Lee membuat keputusan untuk terus ke Pulau Jarak. Sewaktu perjalanan ke Pulau Jarak didapati sebuah bot lagi telah menaikkan pukat dengan berbekalkan RM 50.00 maka kami mendapat bekalan sutun kojol untuk dijadikan umpan, ahli group kembali ceria. Jam 7.45 malam kami tiba di Pulau Jarak dan tekong Lee memberi arahan kepada ahli agar senjata kasting disediakan maka aktiviti kedua bermula iaitu casting GT ,Riiiidddd senjata Sifuuu Arif berbunyi nah! ikan pertama didaratkan oleh Sifu Ariff . 


Jam 8.30 malam aktiviti ketiga bermula iaitu Bottom Night bersenjatakan bangla dan sutun kojol kami turunkan senjata pembunuh tetiba Tek..Tekkk..Tekkkkkkkk senjata Cucu Ingker berbunyi maka ikan kedua dinaikan oleh KD Cucu Ingker dan seterusnya KD Mihar dengan ikan Tetanda di ikuti KD Fender . Saya dan  Jentt masih menanti dengan penuh kesabaran Jent Mklly mula aktif dengan hasil pertamanya Baracuda dan asyik dia....dia...dia . Tekong mengambil keputusan untuk menukar lokasi dan akhirnya saya mendapati Rod  Bangla ditundukkan sehingga mencecah air pengakhiran cerita saya menaikan GT kerbau seperti gambar diatas.


Monday, 25 July 2016

AKTIVITI MEMANCING DIKELONG AHH HENG

AKTIVITI HANYIRKU BERTERUSAN DI KOLAM AHH HENG

 Kampung Baru , Manjung Perak , Bertarikh 29 April 2016, Masa 24 Jam 
Group :  GRAP seramai 7 pemancing  

Jeti ke kelong Ahh Heng
Menaiki bot ke kolam Ah Heng


Pemancing lama stylo baru
Aku juga terkena 
Hasil kedua ku
Oo Tai Maa Sih  Ber Bi Saaaaa

New Angler (Hasil Pertama)
Temanku sedang berusaha 


Team GRAP 

Power Awesome
Team GRAP My Office

Nah ....! terpapar sudah penceritaan melalui potret, apa yang nak ku sampaikan bukanlah hasilnya tapi pengaruh pancinganku dah mengena kepada rakan sepejabatku. Rakanku berbaju kelabu itu telah lama meninggalkan alam hanyirnya kembali berjinak semula manakala rakan baruku yang mula berjinak  adalah yang memakai topi, mereka sanggup bermain kutu untuk mendapat set pancingan masing-masing. Berbaju putih pula merupakan "rakan baruku" adalah agler tersohor kampung Parit

Trip ini sememangnya dirancang olehku dengan menjemput ramai rakan pejabatku untuk menyertainya, penyertaan mencecah 12 orang, Namun dimasa kecederaan berlaku luar jangka lima   (5 ) rakanku terpaksa menarik diri. Walaupun tinggal tujuh (7) orang sahaja perjuangku ke kelong Ahh Heng diteruskan jua, berita kurang menarik ku terima lagi 2 daripada ahli group dipaksa hadir lewat diluar kawalanku.  

Ringkasan persiapan

Kos 

Tambang Bot  = RM 40.00
kedalam air    = 10 meter
Sasaran           = Siakap dan Kerapu 

Alatan

Rod   = Weight 20/40 +6 kaki
Batu  = No 3,4atau 5
Mata = Saiz daici 10, 09, dan 08 
          = Saiz chinu 10, 09 dan 07 
 Umpan

Udang hidup = Memburu Siakap, JT, MJ dan Kerapu
Perumpun = Gelama, Gerut, Merah bara dan Tetanda

Makanan 

Nasi bungkus + Mineral
Maggi + telur
Jajan + Rokok 












Wednesday, 8 June 2016

AKTIVITI MEMANCING KU BERSAMA NOUVIS



Aktiviti bersama nouvis
(New Bee Angler)


Teman ni nak dikatakan pemancing tegar atau tega hanya kenkawan sahaje yang dapat menilainya. Tanggal 21 Mei 2016 (Sabtu), bertempat di Pantai Remis, Batu Tiga Segari bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Trip ini dinamakan Trip Ulangan Gigil di Pecah Batu, Segari


Agler                                                        Persediaan

Tai Long   : Asraf Zamani          Rod       : Sederhana lembut, PE 2/4, 3/5 atau PE 10/20           
Ang kong  : Hasdino Shafizul     Panjang  : 6, 7, 8 dan 12 kaki      
Frenzi      : Zulmetall             Mata kail  : Daici 4, 6, 8, Chinu 10, 14, 16 dan 18                                                                 Sasaran   : Jenahak, Gegerut, Siakap dan Sembilang
                                          Umpan    : Pumpun dan udang hidup
Rod berbisa dari Asraf 
Hasil kedua Hasdino 
Hasil pertama Asraf
Hasil pertamaku



3 sahabat perjuangan kental

Kereta legen 

Hasil keseluruhan


Sebelum kami ke lokasi ini aku terlebih dahulu mencari info daripada angler yang pernah menerjah kawasan ini. Maklumat yang telah ku temui  daripada kenkawan ku lebih daripada 100 jenis spesis mendiami kawasan ini. Spesis yang sering didaratkan adalah Siakap, jenahak gelama, daun baru, bolos, kerapu serta pelbagai  spesis lain. Alhamdulillah aku dan kawanku ini telah menaikan Jenahak, kerapu dan bolos menggunakan umpan perumpun.

Pengalamanku sewaktu perjalanan kami ke lokasi aku terpaksa singgah kedai Ah Seng untuk mendapat bekalan umpan iaitu udang hidup dan perumpun nasib tidak menyebelahi kami hujan turun dengan lebatnya sebelum kami tiba ke lokasi. Sementara menanti hujang reda aku dan kekawan pekena teh tarik dan roti canai dulu, ' Kalu dah hujan pekena teh tarik fuuu lamm mak " Dunia ini ana yang punya .... !!?. Tanda-tanda hujan nak berhenti tidak kelihatan, aku terpaksa memberitahu kepada kawanku agar bergerak secara pelahan untuk ke destinasi, setibanya kami disini hujan masih renyai, rela dalam paksa kami menempuhnya jua. Bukit pertama dan kedua kami redahi sehingga batuan gigi pantai kelihatan  kami berkampung dari jam 11.00 pagi sehingga 5.00 petang hasilnya seperti gambaran di atas. Kekawanku terima kasih kepada kalian walaupun hasilnya tak sebarap tapi ikatan persahabatan lebih utama semoga persahabatan kita berkekalan.... Aminnn.